Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 7i kini rasmi di Malaysia – Skrin HD+ 90Hz, Quad-Kamera 64MP pada harga RM 999


realme secara rasminya telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar didalam keluarga realme 7 iaitu realme 7i yang hadir dengan harga penjualan yang lebih berpatutan iaitu pada harga RM 999 sahaja.

realme 7i menampilkan reka bentuk panel belakang yang premium iaitu Stylis Mirror Design dengan panel hadapan adalah skrin paparan HD+ 90Hz Ultra Smooth berukuran 6.5-inci ( 1600×820).

Selain itu, realme 7i juga dilengkapi pemproses Snapdragon 662, 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

realme 7i juga menampilkan pengunaan quad-kamera dengan sensor utama adalah 64MP, sensor ultrawide 8MP, sensor potret dan sensor makro juga turut disertakan.

Seterusnya, kamera ini juga hadir dengan 3 night filter yang menarik, super nightscape, pengstabilan video UIS Max dan mod cinema.

Dalam pada itu, realme 7i juga disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang ditawarkan bersama pengecasan pantas 18W Quick Charge, realme UI dan kamera selfie 16MP.

realme 7i akan mula ditawarkan di Lazada pada jam 2 petang ini (13 Oktober) dan setiap pembelian akan menerima realme Powerbank 2 secara percuma.

Selain itu, pembelian secara offline pula akan bermula pada 17 Oktober 2020 melalui semua saluran penjualan rasmi dan pembelian melalui saluran offline akan menerima realme Buds Classic secara percuma.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.