Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Menakluki Dunia Dengan Reka Bentuk trendsetting yang Telah Memenangi 5 Anugerah Antarabangsa


Jenama telefon pintar yang paling pesat berkembang di dunia, realme, telah memenangi pelbagai anugerah reka bentuk antarabangsa terkemuka bagi produk keluaran mereka iaitu  realme X Master Edition, realme X2 Pro Master Edition, realme X50 5G Master Edition, realme X50 Pro 5G dan fon telinga TWS pertamanya, reals Buds Q.

realme telah menerima banyak pengiktirafan bagi reka bentuk produknya yang mengagumkan dan telah mendapat anugerah yang berprestij di dunia.

Berikut adalah anugerah yang telah dimenangi produk-produk realme :

realme X Master Edition – German Design Award & Good Design Australia.

realme X2 Pro Master Edition – Red Dot Design Award, Good Design Award 2020 dan Good Design Australia.

X50 5G Master Edition –  Good Design Australia

X50 Pro 5G – Good Design Award 2020 & Golden Pin Design Award

realme Buds Q –  German Design Award & Golden Pin Design Award

Produk-produk keluaran realme ini telah memenangi pelbagai anugerah berprestij yang dinilai secara profesional dan terdiri daripada panel juri yang berpengalaman didalam industri reka bentuk global.

Memandang ke hadapan, realme sudah pastinya mahu mengekalkan momentum ini dengan memperkenalkan lebih banyak produk trendsetting yang selaras dengan semangat Dare To Leap.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.