Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G – Skrin AMOLED 120Hz & Kamera 108MP Yang Power

Samsung Galaxy Note 20UltraPengenalan

Apabila kita memasuki pertengahan kedua setiap tahun, siri telefon pintar Galaxy Note daripada Samsung pasti akan terlintas pada fikiran anda (jika anda mengikut perkembangan pasaran telefon pintar).

Tahun ini tidak terkecuali walaupun pandemik covid-19 turut membawa kesan kepada pasaran telefon pintar sehingga menyebabkan Samsung kehilangan takhta No.1.

Pelancaran Samsung Galaxy Note20 dan Galaxy Note20 Ultra juga disertakan dengan pelancaran pelbagai peranti Samsung yang ideal untuk anda mengharungi norma baharu.

Samsung Galaxy Note20 dan Samsung Galaxy Note20 Ultra kini telah ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 3,899 dan RM 5,199.

Ini merupakan ulasan Samsung Galaxy Note20 Ultra yang merupakan peranti mercu didalam keluarga Galaxy Note20 ini.

Reka Bentuk

Setiap interasi Samsung Galaxy Note mempunyai reka bentuk yang tersendiri dan memberikan perbezaan ketara antara siri Galaxy S.


Samsung Galaxy Note20 Ultra mengadaptasikan reka bentuk seperti bongkah segi empat yang mana rangka peranti ini diperbuat daripada keluli tahan karat manakala panel hadapan dan belakang dilapisi gelas Corning Glass Victus yang dikatakan sebagai gelas keselamatan paling kukuh dipasaran.

Selain itu, Galaxy Note20 Ultra juga ditawarkan didalam warna baru yang mencuri perhatian iaitu Mystic Bronze selain dua warna lain iaitu Mystic Green dan Mystic Black.

Bercakap mengenai panel hadapan telefon pintar Samsung ini, ianya menampilkan reka bentuk skrin paparan Dynamic AMOLED 2x yang sedikit melengkung pada kedua-dua sisi.

Lebih lanjut mengenai skrin pada bahagian seterusnya.

Panel belakang Samsung Galaxy Note20 Ultra menempatkan satu modul kamera yang terbonjol keluar dan ianya amat ketara dan sangat besar.

Walaubagaimanapun ini membolehkan Samsung menawarkan teknologi kamera 108MP dengan pengzooman 50x.

Panel bawah Samsung Galaxy Note20 Ultra menempatkan S-Pen yang lebih pantas, slot USB-C dan gril pembesar suara manakala pada bahagian atas terdapat slot SIM yang menyokong dua SIM atau 1 SIM + 1 kad MicroSD.

Bercakap mengenai dimensi telefon pintar ini, ianya mempunyai ukuran 164.8 x 77.2 x 8.1 dengan berat 208 gram yang mana membuktikan telefon pintar ini tidak ideal untuk pengunaan sebelah tangan.


Skrin Paparan

Samsung Galaxy Note20 Ultra hadir dengan panel skrin Infinity-O berukuran 6.9-inci yang boleh diangkat sebagai panel skrin terbaik dipasaran.

Ianya adalah panel AMOLED 2x yang merupakan nama pemasaran bagi skrin paparan yang memiliki kadar segar semula 120Hz (2 kali ganda kadar bingkai berbanding skrin AMOLED biasa).

Walaubagaimanapun untuk menikmati kandungan pada kadar bingkai 120Hz, Samsung Galaxy Note20 Ultra hanya mampu memberikan anda resolusi 1080p dan bukanya 1440p.

Selain itu, Samsung juga menyertakan mod skrin Adaptive yang akan melaras kadar bingkai skrin mengikut keperluan kandungan yang dipaparkan dan ini akan memberikan penjimatan bateri yang baik.

Selain itu, skrin paparan yang digunakan pada Galaxy Note20 Ultra ini juga pengguna resolusi QHD+ 1440×3088 dengan kepadatan piksel 496ppi.

Samsung Galaxy Note20 Ultra juga menawarkan sensor capjari terbina dalam skrin.

Secara keseluruhanya skrin paparan Samsung Galaxy Note20 Ultra boleh diklasifikasikan sebagai antara panel skrin terbaik dipasaran.


Pemproses

Samsung Galaxy Note20 Ultra ditawarkan didalam dua jenis pemproses iaitu Snapdragon 865+ atau Exynos 990 yang mana sudah menjadi tradisi syarikat ini untuk menggunakan dua pemproses mengikut pasaran.

Samsung Galaxy Note20 Ultra dengan Snapdragon 865+ hanya ditawarkan di pasaran Amerika Utara, Korea Selatan dan China manakala pasaran lain menerima Note20 Ultra dengan pemproses Exynos 990.

Apabila Samsung mengumumkan penawaran Galaxy Note20 Ultra versi Exynos di Malaysia, pengguna sudah merungut tentang pemproses yang dikatakan tidak setaraf dengan Snapdragon 865+.

Ujian benchmark Galaxy Note20 Ultra versi Exynos ini menunjukkan bahawa ianya sedikir ketinggalan apabila dibandingan dengan pemproses Snapdragon 865 dan pengunaan Snapdragon 865+ pasti akan meningkatkan lagi jurang antara versi Exynos dan versi Snapdragon.

Bagi pasaran Malaysia, Samsung Galaxy Note20 Ultra ditawarkan didalam versi 5G yang memiliki 12GB RAM berserta dengan storan dalaman 256GB.

Bercakap mengenai antaramuka Samsung OneUI, Galaxy Note20 Ultra menjadi peranti pertama untuk hadir dengan OneUI 2.5.

Stylus S-Pen yang ditawarkan pada Samsung Galaxy Note20 Ultra kini hadir dengan perubahan paling drastik apabila dibandingkan dengan S-Pen pada generasi Galaxy Note yang lain namun perubhana ini bukan dari segi reka bentuk.

S-Pen Samsung Galaxy Note20 Ultra hadir dengan kadar latensi penulisan hanya 9ms yang bermaksud pengalaman penulisan pada telefon pintar kini lebih hampir kepada penulisan pada kertas.

Selain itu, S-Pen ini juga dibantu dengan teknologi AI point prediction yang mampu meramalkan dimana input S-Pen yang seterusnya.

S-Pen pada Samsung Galaxy Note20 Ultra telah melalui pelbagai proses perician yang meningkatkan lagi fungsi dan kegunaan stylus ini.

Kamera

Samsung Galaxy Note20 Ultra menggunapakai konfigurasi kamera yang sama seperti Galaxy S20 Ultra yang masih ada beberapa perbezaan dari segi sistem kamera.

Apa pun sensor utama yang digunakan pada Samsung Galaxy Note20 adalah diwarisi terus dari S20 Ultra iaitu sensor 108MP yang mempunyai aperture tetap f/1.8 dan menghasilkan outpu gambar 12MP yang diberi nama nonabinning.


Beralih kepada kamera wideangle, ianya adalah sensor 12MP yang mempunyai FOV 120° dan tanpa pemfokusan auto.

Selain itu, sensor telefoto Galaxy Note20 Ultra juga adalah sensor 12MP manakala lensa persikop kini menawarkan pengguna pengzooman optik pada kadar 5x manakala pengzooman digital pada kadar 50x.

Pada bahagian hadapan pula, Galaxy Note20 Ultra dilengkapi dengan kamera selfie 10MP yang mempunyai aperture f/2.2 dan pemfokusan Dual Pixel AF.

Berikut adalah hasil gambar dari Samsung Galaxy Note20 Ultra :


Bateri

Samsung Galaxy Note20 Ultra mempunyai bateri berkapasiti 4,500mAh yang mana ketahanan bateri telefon pintar ini adalah lebih baik hasil penawaran mod skrin Adaptive yang melaras kadar bingkai mengikut keperluan kandungan pada skrin.

Pengecasan pantas yang ditawarkan pada Galaxy Note20 Ultra adalah pada kadar 25W yang menjanjikan pengecasan ke tahap 50% didalam masa 30 minit sahaja dan terdapat juga sokongan pengecasan tanpa wayar 2.0 selain pengecasan Wireless PowerShare yang membolehkan Galaxy Note20 Ultra ini mengecas peranti lain.

Penutup

Samsung Galaxy Note20 Ultra ternyata hadir ke pasaran sebagai satu telefon pintar produktiviti yang lengkap dan ianya juga menawarkan sokongan 5G walaupun masih terlalu awal untuk pasaran Malaysia.

Dengan harga penjualan RM 5,199, Samsung Galaxy Note20 Ultra adalah telefon pintar flagship yang berpotensi untuk menjadi yang terbaik dipasaran.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.