Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor MagicBook Pro – Apa yang anda perlu tahu tentang komputer riba flaghsip Honor ini

Honor MagicBook Pro Malaysia
Pada awal bulan September, Honor secara rasminya telah memperkenalkan Honor MagicBook Pro di IFA 2020 dan komputer riba telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan Oktober 2020.

Sesuai dengan namanya, Honor MagicBook Pro akan memasuki pasaran Malaysia sebagai komputer riba mercu bagi syarikat ini dan sebelum pelancaran rasmi, kami telah diberikan previu awal untuk melihat dengan lebih dekat peranti ini.

Honor MagicBook Pro hadir dengan reka bentuk yang berasaskan aluminum namun berat sekitar 1.7kg sahaja.

Honor MagicBook Pro juga amat kompak bagi sebuah komputer riba yang memiliki skrin 16.1-inci  kerana ianya memiliki ukuran dimensi yang sama seperti sebuah komputer riba 15.6-inci.

Beralih kepada skrin, ianya adalah panel skrin Full HD berukuran 16.1-inci yang sangat terang namun ianya bukan lah skrin sesentuh.

Dari segi pemproses dalaman, Honor MagicBook Pro menggunapakai pemproses AMD Ryzen 5 4600H yang juga dipadankan dengan grafik AMD Radeon.

Lebih menarik, Honor Malaysia juga telah mengesahkan bahawa Honor MagicBook Pro akan ditawarkan didalam konfigurasi tertinggi iaitu 16GB RAM jenis DDR4 dan storan dalaman 512GB jenis PCIe NVMe SSD.

Honor MagicBook Pro juga disertakan kamera web pop-up yang terbina pada papan kekunci yang mana sedikit mengecewakan tidak akan menyokong pembukaan komputer riba melalui. teknologi pengecaman wajah Windows Hello namun butang kuasa peranti ini juga berfungsi sebagai sensor capjari.


Beralih kepada bateri, Honor Magic disertakan dengan bateri 65W yang juga disertakan dengan sokongan pengecasan pantas 65W dan tidak lupa dua pembesar suara yang diletakkan di antara papan kekunci.

Harga penjualan Honor MagicBook Pro di Malaysia masih belum diketahui namun sebagai komputer riba flaghsip, ianya mungkin ditawarkan pada harga sekitar RM 3,399-RM 3,999.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.