Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo A93 dilancarkan di Malaysia pada 6 Oktober – apa yang anda perlu tahu

Oppo A93 Malaysia
Oppo secara rasminya telah mengesahkan bahawa Oppo A93 akan dilancarkan di Malaysia pada 6 Oktober ini.

Telefon pintar midrange terbaru Oppo ini akan memiliki 6 Kamera iaitu 4 sensor kamera dibahagian belakang dan 2 kamera dibahagian hadapan pada lubang punch-hole.

Sekilas pandang, panel belakang kamera ini mempunyai mirip reka bentuk siri Apple iPhone 11 dan berdasarkan gambar rasmi yang dihantar, Oppo A93 akan dilengkapi dengan 8GB RAM san 128GB storan dalaman.

Selain itu, Oppo A93 dilihat sebagai model yang dijenama semula yang berdasarkan Oppo F17 Pro yang dilancarkan di India sebelum ini.

Untuk rujukan, berikut adalah spesifikasi Oppo F17 Pro

  • skrin paparan Super AMOLED FHD+ 6.4”
  • Pemproses MediaTek Helio P95
  • 8GB RAM LPDDR4X & 128GB storan dalaman UFS 2.1
  • Quad-Kamera 48MP + 8MP ultrawide + 2MP  + 2MP
  • Kamera selfie dual punch-hole 16MP + 2MP
  • Bateri 4,015mAh + pengecasan pantas 30W VOOC 4.0
  • Harga di India INR 22,900 (RM 1,288).

Petunjuk awal menunjukkan bahawa model siri Oppo F kini dijenama semula sebagai model siri Oppo A bagi pasaran Malaysia.

Maklumat harga dan tarikh penjualan Oppo A93 di Malaysia akan diketahui minggu hadapan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.