Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 7 Pro dan realme 7 kini rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 1,299

realme Malaysia secara rasminya telah melancarkam realme 7 Pro dan realme 7 ke pasaran Malaysia dan ianya akan hadir dengan harga penjualan dari RM 1,299 sahaja.


Terus kepada spesifikasi realme 7 Pro, ianya hadir dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.4-inci dengan kadar segar semula adalah 60Hz

Ianya mempunyai nisbah skrin kepada rangka. 90.8% dengan gamut warna NTSC 98% dan reka bentuk punch hole (3.69mm) yang menempatkan kamera selfie 32MP serta sensor capjari terbina dalam skrin.

Selain itu, realme 7 Pro juga disertakan dengan pemproses 8nm Snapdragon 720G yang menawarkan peningkatan menyeluruh berbanding generasi sebelum ini dan ianya dipadankan dengan 8GB RAM manakala storan dalaman adalah 128GB.

Beralih kepada kamera, realme 7 Pro disertakan dengan quad-kamera 64MP generasi kedua iaitu sensor utama Sony 64MP IMX682, satu sensor telefoto 2X, sensor potret dan sensor makro.

realme 7 Pro juga membawakan pelbagai ciri fotografi baru antaranya adalah starry mode, 3 night filter, Ultra Nightscape Video dan AI Color Potrait.



realme 7 Pro juga dilengkapi bateri dua sel berkapasiti 4500mAh (2,250mAh x 2) dan dilengkapi dengan pengecasan pantas SuperDart 65W yang boleh mengecas penuh peranti didalam masa 34 minit sahaja.

Selain itu, realme 7 Pro juga memiliki reka bentuk anti-glare, dwi-speaker stereo dengan Dolby Atmos dan tri-SIM.

realme 7 Pro akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Mirror Silver dan Mirror Blue dengan harga penjualan RM 1,499.

Penjualan realme 7 Pro akan bermula pada tengah malam 29 September di Shopee dan setiap pembelian telefon pintar ini juga akan menerima realme watch.

Pra-tempahan realme 7 Pro juga telah dibuka di semua wakil penjual sah dan anda akan menerima satu unit realme Buds Q (white edition) secara percuma. penjualan offline realme 7 Pro akan bermula pada 3 Oktober 2020.

realme 7

realme 7 adalah satu lagi telefon pintar terbaru realme didalam siri ini dan ianya menampilkan skrin paparan 90Hz Ultra Smooth.

Ianya juga merupakan telefon pintar perrtama dipasaran untuk menggunakan pemproses MediaTek Helio G95 dan turut hadir dengan teknologi penyejukan gentian fiber.

realme 7 ditawarkan didalam dua pilihan RAM iaitu 6 atau 8GB dengan storan dalaman adalah 128GB.

realme 7 juga dilengkapi dengan quad-kamera Sony IMX682 64MP berserta pelbagai fungsi fotografi baru seperti Starry mode, Night filters, UIS & UIS MAX dan Ultra Wide-angle Video.

Selain itu, realme 7 juga dilengkapi dengan bateri berkapasti 5,000mAh yang disertakan dengan pengecasan pantas 30W, sensor capjari sisi dan kamera selfie in-display 16MP.

realme 7 akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu Mist White dan Mist Blue dengan harga penjualan RM 1,299.

Penjualan realme 7 akan bermula pada 26 September 2020 iaitu melalui semua saluran offline namun anda sudah boleh membuat pra-tempahan mulai hari ini dan setiap pembelian juga akan menerima neck massager.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.