Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V20 SE kini rasmi pada harga RM 1,199

vivo V20 SE MalaysiaVivo Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan Vivo V20 SE ke pasaran tempatan dan telefon pintar ini akan hadir dengan harga penjualan RM 1,199 sahaja.

Vivo V20 SE adalah model terbaru vivo didalam keluarga siri V dan ianya tampil dengan reka bentuk berasaskan gelas 3D yang mempunyai ketabalan hanya 7.8mm.

Walaupun ditawarkan pada harga RM 1,199, vivo V20 SE dilengkapi dengan skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 6.44-inci yang menawarkan anda pengalaman visual yang terang dan vibran dan tidak lupa kamera selfie 32MP.

Beralih kepada bahagian dalaman pula, Vivo V20 SE disertakan dengan pemproses Snapdragon 665 yang terbukti mampu menawarkan prestasi yang konsisten dan cipset ini juga dibantu Multi-Turbo dan Ultra Game Mode untuk prestasi gaming yang lebih baik.

Vivo V20 SE juga disertakan dengan 8GB RAM, 128GB storan dalaman, sensor capjari dalam skrin dan bateri berkapasiti 4,100mAh yang juga memiliki sokongan pengecasan pantas 33W FlashCharge.

Beralih kepada kamera belakang Vivo V20 SE, ianya adalah unit tri-kamera yang menampilkan sensor utama 48MP + sensor ultrawide 8MP + sensor bokeh 2MP

Vivo V20 SE akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Gravity Black dan Oxygen Blue.

Vivo V20 SE akan dibuka untuk penjualan mulai jam 6 petang ini dan setiap pembelian juga akan menerima hadiah menarik vivo yang bernilai RM 199.

Bagi anda yang membuat pembelian di Shopee, anda akan menerima hadiah percuma vivo dan car camcoder bernilai RM 199 manakala pembelian di Lazada pula akan menerima hadiah percuma vivo dan vakum robotik.

Beli vivo V20 SE di vivostore

Beli vivo V20 SE di Shopee 

Beli vivo V20 SE di Lazada

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.