Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : REALME watch Malaysia – Jam Pintar Dengan Sensor Heart-Rate, Kalis Air IP68 dan Bateri sehingga 10 Hari pada harga RM 299 sahaja

Selepas memfokuskan kepada pelancaran telefon pintar pada tahun-tahun pertama dipasaran, realme mula telah mula mempelbagaikan ekosistem produk mereka dengan penawaran produk pintar AIoT yang masih mengekalkan konsep utama realme iaitu penawaran produk pada harga berbaloi.

Pada 11 Jun 2020, realme telah memperkenalkan barisan produk didalam ekosistem AIoT yang terdiri daripada 6 produk iaitu realme  watch, realme Band, realme Buds Air Neo, realme Buds Q , realme Power Bank 2 dan realme 30W Dart Charge Power Bank (10,000mAh).

Melihat kepada barisan produk ini sahaja anda pasti dapat memutuskan produk mana yang boleh dianggap sebagai tumpuan utama didalam eksosistem realme AIoT ini dan jika tekaan anda adalah realme watch, anda betul!.

Pada penghujung tahun 2019, realme telah memberikan jaminan bahawa tahun 2020 akan menjadi tahun dimana syarikat ini melakukan loncatan ke dalam pasaran pemakaian pintar atau AIoT yang mempunyai potensi luas.

realme watch merupakan jam pintar pertama realme namun ini tidak bermaksud syarikat ini mempunyai ruang untuk mengambil mudah pada jam pintar ini.

Pengunaan Pertama

Pengunaan pertama kali realme watch adalah mudah dengan melakukan langkah-langkah seperti dibawah :

  1. Tekan butang kuasa pada realme watch anda yang baru
  2. Pilih bahasa yang anda mahu
  3. realme watch akan memaparkan kod QR untuk memuat turun aplikasi realme Link di Google Play Store pada telefon pintar realme atau Android anda.
  4. Daftar akaun baru di realme Link dengan menggunakan emel atau nombor telefon atau scan kod QR yang dipaparkan pada jam.
  5. Tekan “Add Device” dan pilih realme watch.
  6. Telefon pintar akan meminta kebenaran untuk membuka sambungan Bluetooth
  7. Jam pintar realme watch akan tertera pada telefon pintar dan tekan pada ikon tersebut.
  8. Anda akan menerima notifikasi kebenaran sambungan pada realme watch dan tekan ‘confirm’ untuk membenarkan sambungan.
  9. Selesaikan semua tetapan pada aplikasi realme Link.

Reka Bentuk dan Skrin Paparan

Bercakap mengenai reka bentuk realme watch ini, ianya menampilkan reka bentuk yang sangat simplistik dengan pengunaan komponen tali silikon yang ergonomik dan mesra kulit.

Dengan berat hanya 31 gram, pasti ramai yang tidak akan terasa beza samada anda memakai jam pintar ini ataupun tidak.

Tali jam ini adalah berukuran 20mm yang mudah diganti mengikut keperluan namun saiz tali ini boleh dikatakan sedikit kecil khususnya bagi pengguna lelaki.

Tali jam ini dilihat tahan lasak dan buat masa ini ianya ditawarkan didalam warna hitam namun realme dilihat mempunyai perancangan untuk menawarkan tali fesyen didalam warna biru, hijau dan merah tidak lama lagi.

Beralih kepada rangka realme watch, ianya hadir dengan kemasan berkilau yang diperbuat daripada keluli dan terdapat juga satu butang kuasa dengan jalur berwarna kuning.

Rangka ini juga menempatkan skrin paparan berwarna sesentuh yang berukuran 1.4-inci namun pada pendapat kami bezel skrin adalah besar yang mana skrin paparan yang lebih besar boleh disertakan dengan bezel yang lebih nipis namun ini ditebus dengan penawaran lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass.

Skrin paparan ini hadir dengan resolusi 320×320 piksel yang mempunyai tahap kecerahan skrin yang baik walaupun dibawah cahaya matahari dan satu kelebihan realme watch adalah anda boleh melaras kecerahan skrin terus pada jam pintar anda.

Pada pendapat kami, paparan warna pada realme watch adalah sedikit pudar khususnya kerana pengunaan skrin LCD dan bukanya OLED namun berdasarkan harga penjualan pasti tidak ramai yang mengadu akan kekurangan ini.

Salah satu kelebihan yang dimiliki realme watch ini adalah pensijilan kalis air IP68 yang bermaksud anda boleh memakainya sepanjang hari tidak kira samada ada berenang atau mandi.

watch Faces

12 watch Faces dan lebih banyak akan menyusul

Didalam kotak, realme watch menawarkan 12 reka bentuk muka jam atau Watch Faces yang boleh anda tetapkan dengan hanya menekan watch faces tersebut sehingga ikon tersebut mengecil dan boleh slide ke kiri dan kanan untuk memilih muka jam pilihan anda.

Walaubagaimanapun hanya 6 Watch Faces sahaja yang akan dipaparkan pada jam realme Watch anda dengan selebihnya boleh diakses melalui aplikasi realme Link pada telefon pintar realme atau Android anda. (Dengan menekan butang ⚙️ pada menu utama realme Link).

Walaupun hadir dengan reka bentuk muka jam yang terhad buat masa sekarang, realme telah mengesahkan lebih daripada 100 reka bentuk muka jam yang baru akan ditawarkan kepada pengguna melalui kemaskini OTA tidak lama lagi.

Sensor Degupan Jantung 24/7 & Bacaan SpO2

Selain sebagai jam pintar, realme watch juga menawarkan pengguna bacaan kadar degupan jantung secara berterusan selama 24 jam sehari.

Selain membuat ukuran secara manual, realme watch juga akan membuat bacaan degupan jantung anda secara konsisten iaitu setiap 5 minit (bacaan boleh juga ditetapkan untuk dibuat setiap 10,20 atau 30 minit) dan setiap bacaan ini juga akan direkodkan pada aplikasi realme Link.

realme watch juga akan menghantar notifikasi amaran apabila kadar degupan jantung anda terlalu tinggi atau terlalu rendah yang mana ianya petanda tidak baik yang mungkin mengaktibatkan masalah kesihatan.

Pada aplikasi realme Link anda juga boleh melihat zon kadar degupan jantung anda sama ianya berada didalam zon apa dan berapa lama.

Selain bacaan kadar degupan jantung, realme watch juga memiliki sokongan bacaan SpO2 atau kadar saturasi oksigen didalam darah.

Ianya adalah satu aspek penting yang menentukan tahap kesihatan seseorang dan bacaan ini boleh dilakukan pada realme watch secara manual. Bagi yang aktif melakukan aktiviti senaman fizikal atau mental berintesiti tinggi, mengawasi kadar SpO2 adalah amat penting.

Selain itu, kadar ketepatan bacaan SpO2 pada realme watch ini juga tidak terlalu jauh berbeza apabila dibandingkan dengan oximeter profesional yang digunakan didalam bidang perubatan.

realme watch – juga berfungsi sebagai peranti kecergasan dengan sokongan 14 mod sukan

realme watch juga hadir dengan sokongan untuk merekod 14 aktiviti sukan yang termasuk larian pada mesin treadmill, larian biasa, berjalan, latihan ketahanan, berbasikal, bola sepak, kebolehan arerobik, bola keranjang, ping pong, badminton, basikal senaman, mesin Elliptical, senaman yoga dan kriket.

Notifikasi Pintar pada realme watch

Selain itu, realme watch juga hadir dengan sokongan untuk menawarkan notifikasi pintar ke lengan anda dengan mudah.

Untuk memastikan anda menerima notifikasi applikasi dan panggilan pada realme Watch anda harus mengaktifkan fungsi ini dibahagian tetapan realme Link dengan melakukan tetapan seperti yang disuruh pada aplikasi (dibahagian ⚙️ ).

  1. Buka “Show Connection Status In Notifications Bar” dan aktifkan kebenaran kepada realme Watch
  2. Beri kebenaran untuk aplikasi realme Link beroperasi dilatar belakang dengan mengaktifkanya di Power Saver > Run in Backgroud.
  3. Benarkan realme Link untuk dibuka secara automatik dengan mengaktifkan Auto Startup.
  4. Sila aktifkan call reminder dan notifications dibahagian tetapan pada aplikasi realme Link.

realme watch juga memberikan anda kebebasan untuk menetapkan notifikasi apa yang anda mahu terima pada jam pintar anda ini dan tiada sebarang had jumlah aplikasi yang anda mahu terima notifikasi.

Mengambil Gambar dan Alat Kawalan Muzik

Selain itu, pada bahagian tetapan ini juga akan boleh mengaktifkan ciri mengambil gambar dan muzik pada realme watch.

Kami telah menguji sendiri ciri kawalan kamera pada realme watch dan ianya hanya memberikan anda kebolehan melakukan tekanan butang ‘shutter’ untuk mengambil gambar sahaja.

Untuk mengaktifkan kamera, anda masih perlu membuka sendiri aplikasi kamera ini pada telefon pintar realme atau Android anda.

Bagi alat kawalan muzik pula, realme watch membolehkan anda mengawal muzik yang dimainkan dan tahap kelatangan muzik yang dimainkan pada telefon pintar anda.

Anda juga boleh beralih kepada trek lagu sebelum dan seterusnya dengan mudah selain menghentikan seketika muzik (pause).

Find My Phone

realme watch juga hadir dengan ciri “Find My Phone” yang amat berguna apabila anda terlepas pandang telefon pintar anda.

Ianya akan memainkan nada lantang yang pasti membantu anda menemui telefon pintar anda namun jarak jam anda dan telefon pintar mesti pada jarak yang tidak terlalu jauh sehingga sambungan Bluetooth terputus.

Walaupun hadir dengan harga penjualan yang amat berbaloi, setiap realme watch yang keluar daripada kilang telah melalui ujian ketahanan yang ketat.

Antara fungsi lain yang ditawarkan pada realme watch ini adalah perekod tidur, meditasi, peringatan untuk minum air, ramalan cuaca, notifikasi panggilan dan untuk menolak panggila, amaran tidak bersenam, amaran bateri rendah dan peringatan sasaran kecergasan.

Bateri

realme watch disertakan dengan bateri berkapasiti 160mAh yang menjanjikan anda jangka hayat bateri sehingga 9 hari namun ianya bergantung kepada pengunaan anda.

Pengecasan jam pintar realme watch ini boleh dilakukan melalui pad pengecasan magnetik yang disertakan pada kotak pembelian dan pengecasan penuh jam pintar ini mengambil masa kurang daripada 2 jam.

Sebagai peranti tunjang didalam eksositem AIoT realme, realme watch juga akan mempunyai kebolehan untuk menjadi sebagai alat kawalan pelbagai produk pintar seperti realme Buds Air, pembesar suara pintar, penapis udara pintar, TV pintar, lampu pintar dan banyak lagi namun kemaskini kawalan ini hanya akan tiba didalam kemaskini OTA yang akan datang.

Adakah anda patut membeli realme watch ?

realme watch menawarkan pengguna satu jam pintar yang lengkap dengan pelbagai fungsi yang biasanya ditawarkan pada jam pintar yang hampir dua atau tiga kali ganda lebih mahal.

Walaupun ada bahagian yang boleh dibaiki, realme watch pasti menjadi produk AIoT yang mendapat sambutan baik di Malaysia kerana ianya mempunyai reka bentuk yang relevan, jangka hayat bateri yang lama, ringan dan mudah digunakan.

Walaupun masih belum boleh diklasifikan sebagai jam pintar yang premium, realme watch adalah permulaan yang baik realme didalam produk AIoT syarikat ini.

realme watch akan ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 299 namun pada 12 Jun ini anda boleh mendapatkan pada harga RM 249 sahaja secara eksklusif di Shopee.

realme lancarkan 6 produk AIoT ke pasaran Malaysia yang termasuk watch, Band, Buds Q dan Buds Air Neo dengan harga serendah RM 79

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.