Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia diumumkan sebagai telefon pintar rasmi bagi filem Bond, No Time To Die


HMD Global telah mengumumkan secara rasmi bahawa Nokia telah terpilih sebagai telefon pintar rasmi bagi filem ke-25 Bond, No Time To Die yang akan mula mengegar pawagam seluruh dunia mulai November tahun ini.

Sebagai telefon pintar rasmi filem ikonik ini, HMD Global telah mengadakan satu sesi fotografi bersama Lashana Lynch yang merupakan 00 Agent didalam filem tersebut.


Apa yang lebih menarik mengenai sesi fotografi ini adalah ianya diambil 100% menggunakan telefon pinyar Nokia 8.3 5G iaitu hasil kerja ‘phone-ographer’ Ben Maclean.

Filem No Time To Die ini telah disahkan akan menampilkan telefon pintar Nokia 8.3 5G yang dilengkapi teknologi quad-kamera PureView dengan lensa ZEISS selain Nokia 3310 yang merupakan telefon pintar lagenda syarikat ini.

Kerjasama Nokia dengan filem Bond, No Time To Die adalah kempen pemasaran terbesar yang pernah dilakukan oleh HMD Global.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.