Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 9S tiba di Malaysia pada 28 September ini – RM 359 sahaja


Honor Malaysia telah mengumumkan bahawa Honor 9S akan ditawarkan di pasaran tempatan dengan harga penjualan yang amat kompetitif iaitu hanya RM 359.


Honor 9S merupakan telefon pintar kelas entry level yang memiliki skrin paparan HD+ Honor FullView berukuran 5.45-inci dengan resolusi 1440 x 720-piksel dan panel skrin ini juga telah menerima pensijilan Eye Comfort Certification dari TÜV Rheinland.

Honor 9S juga disertakan dengan pemproses MediaTek MT6762R (Helio P22), 2GB RAM, 32GB RAM dan antaramuka MagicUI 3.1 yang berasaskan Android 10.

Bercakap mengenai kamera, Honor 9S memiliki kamera belakang 8MP f/2.0 manakala kamera selfie adalah unit 5MP yang memiliki mod ‘Beauty’ yang lebih baik.

Beralih kepada bateri, Honor 9S hadir dengan bateri 3,320mAh yang menawarkan jangka bateri luar biasa kepada pengguna.

Honor 9S akan mula ditawarkan di Malaysia pada 28 September ini didalam tiga pilihan warna iaitu Hitam, Biru dan Merah dimana pembelian boleh dibuat di Hihonor, HONOR Experience Stores (HES), wakil penjual rasmi dan di HONOR official store di Shopee dan Lazada.

Setiap pembelian Honor 9S ini juga akan menerima 15GB storan HUAWEI Cloud, botol minuman honor dan baucar Tien Tien Yogurt bernilai RM 10 secara percuma.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.