Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 8T akan dilancarkan pada 14 Oktober – Skrin AMOLED 120Hz, Snapdragon 865+ dan Pengecasan 65W Warp Charging


OnePlus secara rasminya telah mengesahkan bahawa OnePlus 8T akan dilancarkan pada 14 Oktober dan ianya juga akan bersama-sama OnePlus 8T Pro.

Pengesahan pelancaran telefon pintar terbaru OnePlus ini tiba selepas syarikat ini memperkenalkan OnePlus Nord dan pelancaran OnePlus 8T juga dilihat akan dilakukan secara atas melalui kaedah AR.

Oneplus 8t launch malaysia
OnePlus 8T dijangka akan hadir dengan pemproses Snapdragon 865 manakala OnePlus 8T pula mungkin menggunakan pemproses Snapdragon 865+ dan terdapat juga petunjuk bahawa kedua-dua ini akan disertakan dengan skrin paparan AMOLED 120Hz.

Selain itu, OnePlus 8T juga akan disertakan dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang akan menyokong pengecasan pantas 65W Warp Charging.

Bagi OnePlus di Malaysia, pasti timbul persoalan samada telefon pintar ini akan dijual secara rasmi oleh OnePlus Malaysia atau melalui pengedar rasmi di Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.