Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

U Mobile kini menawarkan percubaan rangkaian 5G di Berjaya Times Square yang mencapai kelajuan hampir 1Gbps

U Mobile 5G Berjaya Times Square
U Mobile kini menawarkan percubaan rangkaian 5G di Berjaya Times Square yang mencapai kelajuan hampir 1Gbps

U Mobile hari ini telah melancarkan percubaan langsung Fast Forward with U Mobile 5G di Berjaya Times Square, membolehkan pelanggannya mengalami rangkaian 5G yang dikatakan mampu mencapai kelajuan yang hampir 1Gbps (977Mbps)

U Mobile juga mendakwa syarikat ini telah melengkapkan semua SIM-nya supaya sedia untuk 5G, supaya pelanggannya dapat beralih ke teknologi ini pada masa hadapan dan mengalami 5G mulai hari ini hingga 31 Disember 2020.

Rakan teknologi U Mobile dalam inisiatif Fast Forward with U Mobile 5G ialah ZTE Corporation dan percubaan ini kini sedang berlangsung dengan jalur lebar 100Mhz pada spektrum 3.5Ghz (C-band) dengan sokongan rangkaian 5G NSA (Non-Stand Alone).

pelanggan U Mobile akan dapat mengalami Fast Forward with U Mobile 5G dengan telefon-telefon pintar HUAWEI yang terpilih iaitu Nova 7SE, Mate 30 Pro, P40, P40 Pro dan P40 Pro+ namun lebih banyak model pengeluar telefon bimbit akan ditambah tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.