Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

LG Malaysia telah melancarkan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare 4-WARD

LG puricare 4-ward
Pengeluar
perkakas rumah terkemuka LG Electronics Malaysia (LG) hari ni memperkenalkan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare 4-WARD, selepas setahun menceburi sektor perniagaan penulen air di Malaysia.

Sebagai sebuah jenama global, LG sentiasa berinovasi melalui teknologi ‘tanpa tangki yang canggih untuk memenuhi persekitaran dan keperluan pengguna yang sentiasa berubah.

Pengenalan ciri 4-WARD telah mengubah cara LG memenuhi permintaan pengguna yang menginginkan kemudahan, keselamatan dan kebersihan. Dengan ciri 4-WARD yang mempunyai Sistem Penapisan 3 Tahap, Tap Auto Bergerak Atas & Bawah dan Tap Bergerak Kiri & Kanan dan Dulang180°, pengguna kini tidak lagi perlu risau kerana air yang dikeluarkan dikawal dengan baik di mana ini dapat mengurangkan percikan air lalu mengurangkan kemungkinan melecur terkena air panas.

Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare 4-WARD mempunyai 3-Tahap Sistem Penapisan yang mampu menghapuskan mikroorganisma dan 7 jenis logam berat termasuk merkuri, plumbum, arsenik, kadmium, besi, tembaga dan aluminium yang terdapat di dalam air.

Tap Auto Bergerak Atas & Bawah akan mengesan cawan yang diletakkan di atas dulang dan menyesuaikan ketinggian secara automatik untuk mengeluarkan jumlah air yang betul dan, Tap Bergerak Kiri & Kanan dan Dulang pula membolehkan produk dipasang secara menegak atau mendatar dan pengguna dapat mengakses pembersih air dari arah 180 darjah.

“LG PuriCare yang  dilancarkan pada bulan Julai tahun lalu disambut baik dengan sokongan luar biasa dari pelanggan kami di Malaysia, dan ianya telah memberi kami peningkatan penjualan sebanyak tiga digit.

Penulen air baru ini adalah tanda komitmen kami yang berterusan dalam memberikan produk yang berinovatif dan moden untuk meningkatkan kehidupan rakyat Malaysia,” kata Kim Kyutae, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia.

Kami yakin Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare 4-WARD akan memberi pengguna kemudahan, kebersihan dan keselamatan tambahan di kediaman mereka.”

Sebagai jenama perkakas rumah global pertama yang memperkenalkan konsep ‘tanpa tangki’ untuk penulen air di Malaysia, Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare 4-WARD akan meneruskan matlamat pendahulunya untuk memberikan pengguna air yang segar tanpa had setiap masa.

Tangki air adalah tempat di mana mikroorganisma berbahaya berpotensi untuk terbentuk, namun teknologi LG ‘tanpa tangki’ ini terus menapis air tanpa tangki, dan ini dapat memastikan kebersihan air kepada para pengguna.

Penulen air LG PuriCare menggabungkan Sistem Pemampat Inverter dan Sistem Pemanasan Induksi (IH), yang membolehkan pengguna menikmati air panas, sejuk atau suhu bilik sambil menjimatkan tenaga kerana air tidak perludipanaskan semula.

Dengan sentuhan pantas, air panas dibekalkan pada tiga suhu yang berbeza untuk kegunaan isi rumah harian anda: 85° untuk semua peminat kopi, 75° untuk semua peminat teh dan 40° untuk susu yang sempurna untuk bayi.

Pengguna juga boleh terus berasa yakin kerana, penulen air LG PuriCare disokong oleh Total Service Care 1.2.3, pelan perkhidmatan yang komprehensif oleh profesional LG yang berkelayakan.

Ketiga-tiga bahagian ini terdiri daripada:

Penjagaan penggantian satu (1) tahun untuk paip dalaman bagi menjamin kebersihan produk.
Dua (2) lapisan pensterilan UV yang diaktifkan secara automatik setiap jam beserta pilihan bagi pengguna untuk mensterilkan produk secara manual selama lima (5) minit pada bila-bila masa.
Lawatan perkhidmatan percuma setiap tiga (3) bulan untuk pembersihan produk dan / atau penggantian penapis.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi LG ThinQ di telefon pintar mereka untuk memantau penggunaan air dan menggunakan mod Diagnosis untuk mengesan sebarang masalah pada produk.

Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare 4-WARD juga dilengkapi dengan Amaran Perubahan Penapis, di mana pengguna dapat memantau keadaan penapis penulen air dengan mudah melalui lampu indikasi untuk memastikan prestasi yang sentiasa optimum.

Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare 4-WARD baru ini didatangkan dengan tiga variasi: Putih, Perak dan Shiny Rose.Pengguna dapat melengkapkan kediaman mereka dengan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare 4-WARD ini mulai 1 September 2020 pada harga berikut:

Model

Warna

Harga (MSRP)

Pembelian Langsung

Sewa Bulanan

WD515AN

Putih

5,300

130

Perak

5,600

140

Shiny Rose

5,600

N/A

Pengguna juga boleh menikmati perkhidmatan percuma selama tiga tahun dengan pembelian secara langsung atau perkhidmatan percuma sehingga lima tahun dengan penyewaan produk. Perkhidmatan percuma merangkumi pertukaran paip dalaman tahunan dan lawatan perkhidmatan untuk pembersihan produk dan / atau pertukaran penapis untuk setiap 3 bulan.

Untuk maklumat leboh lanjut mengenai Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare 4-WARD dan produk l LG Electronics yang lain sila layari LG Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.