Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Fold2 akan dilancarkan 1 September ini – skrin foldable 120Hz dan Snapdragon 865+

Samsung Galaxy Z Fold2
Selepas pelancaran siri Galaxy Note20 baru-baru ini, Samsung secara rasminya telah mengesahkan  pelancaran Galaxy Z Fold2 pula akan berlangsung pada 1 September ini.

Walupun pelancaran rasmi hanya akan bwrlangsung minggu hadapan, Samsung Galaxy Z Fold2 sedikit sebanyak telah memperkatakan mengenai telefon pintar foldable ini ketika pelancaran siri Galaxy Note20 awal bulan ini.

Antara spesifikasi Galaxy Z Fold2 yang diperkatakan adalah pengunaan skrin paparan Dynamic AMOLED 2X dengan kadar segar semula 120Hz, satu lagi skrin paparan luaran berukuran 60Hz, sensor capjari pada bahagian sisi, pemproses Snapdragon 865+, RAM LPDRR5 berkapasiti 12GB dan storan dalaman 256GB.

Samsung Galaxy Note 20 & Galaxy Note 20 Ultra 5G mula ditawarkan di Malaysia pada 21 Ogos ini

Sokongan 5G yang menyeluruh juga akan disertakan pada Samsung Galaxy Z Fold2 ini.

Bagi kita di Malaysia, pelancaran rasmi Samsung Galaxy Z Fold2 akan berlangsung sekitar jam 10 malam (1 September 2020) dan anda boleh menontonya secara langsung di http://www.samsung.com/my

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.