Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon Pintar Pocophone dengan skrin paparan 120Hz mungkin dilancarkan bulan ini


Selepas Pocophone F1, yang merupakan telefon pintar pertama Poco yang dilancarkan pada tahun 2018 dan hanya memperkenalkan model baru pada tahun 2020.

Walaubagaimanapun, Xiaomi dilihat akan memperkenalkan satu lagi telefon pintar Pocophone untuk pasaran global pada penghujung bulan ini.

Walaupun masih belum ada sebarang pengesahan rasmi, telefon pintar terbaru Poco dikatakan akan hadir dengan skrin paparan AMOLED 120Hz.

Pocophone

Selain itu, antara spesifikasi yang mungkin dimiliki telefon pintar misteri Poco ini adalah pemproses Snapdragon 765G, pengecasan pantas 33W, kamera utama 64MP.

Telefon pintar Poco yang baru ini mungkin ditawarkan sebagai telefon pintar kelas pertengahan dengan sokongan 5G dengan harga penjualan yang lebih berpatutan daripada Poco F2 Pro.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.