Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung akan menawarkan Book Cover Keyboard (RM 999) secara percuma dengan pembelian Siri Galaxy Tab S7

Samsung Malaysia sebelum ini telah mengesahkan bahawa  Galaxy Tab S7 dan Galaxy Tab S7+ akan memasuki pasaran pada 28 Ogos dan pihak Samsung kini telah mengumumkan bahawa setiap pembelian tablet Siri Samsung Galaxy Tab S7 akan juga menerima Book Cover Keyboard yang bernilai RM 999 secara percuma.

Samsung Galaxy Tab S7 Plus Malaysia

Apa yang menarik, kedua-dua model siri Galaxy Tab S7 ini dilengkapi dengan skrin paparan 120Hz, sokongan S-Pen, sistem audio dan video yang menyeluruh dan sistem operasi flagship Snapdragon 865+ yang menjamin kegunaan tablet ini untuk satu tempoh yang lama.

Samsung Galaxy Tab S7+

Terus kepada spesifikasi Samsung Galaxy Tab S7 yang lebih besar iaitu Tab S7+, ianya memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 12.4-inci dengan resolusi 2,800 x 1,752 px dan terdapat juga sensor capjari terbina didalam skrin.

Samsung Galaxy Tab S7+ juga hadir bersama-sama S-Pen yang kini lebih pantas dengan latensi rendah 9ms dan ianya juga menawarkan intergrasi penuh dengan Microsoft Office selain fungsi seperti PC melalui mod DeX.

Samsung Galaxy Tab S7+ juga disertakan dengan bateri berkapasiti 10,090mAh yang juga menyokong pengecasan pantas 45W namun sedikit mengecewakan kerana anda perlu membeli adapter yang bersesuai.

Samsung Galaxy Tab S7+ dipadankan dengan 6GB atau 8GB RAM yang masing-masing dipadankan pada storan dalaman 128GB atau 256GB (slot microSD juga disertakan).

Bercakap mengenai varian yang akan ditawarkan Galaxy Tab S7+ akan hadir didalam versi WiFi, 4G LTE dan 5G.

Pada bahagian belakang, Galaxy Tab S7+ dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera 13MP + 5MP selain satu jalur magnetik untuk meletakkan S-Pen manakala kamera selfie adalah 8MP.

Samsung Galaxy Tab S7

Samsung Galaxy Tab S7 adalah tablet yang lebih murah dan ianya juga lebih kecil dengan skrin paparan LPTS TFT berukuran 11.0-inci namun masih menawarkan kadar segar semula 120Hz namun sokongan S-Pen adalah dengan kadar latensi 26ms seperti Galaxy Note20.

Samsung Galaxy Tab S7 juga memiliki bateri 8,000mAh yang menjadikanya 100gram lebih ringan berbanding Tab S7+ (sensor capjari Galaxy Tab S7 adalah pada bahagian sisi).

Dari segi pemproses dalaman, ianya adalah sama seperti Galaxy Tab S7+ iaitu Snapdragon 865+ dengan dua konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 6/128GB dan 8/256GB.

Persamaan antara kedua tablet ini juga menyaksikan Samsung Galaxy Tab S7 berkongsi tetapan kamera yang sama pada bahagian belakang dan hadapan.

DeX mod juga disertakan pada Galaxy Tab S7 dan folio papan kekunci Book Cover yang mempunyai pad sesentuh juga ditawarkan dengan pengalaman setaraf komputer riba.

Kedua-dua Galaxy Tab S7 ini juga menampilkan 4 pembesar suara AKG dan ianya juga menyokong Dolby Atmos.

Buat masa ini harga penjualan Samsung Galaxy Tab S7+ dan Galaxy Tab S7 masih belum diketahui namun Samsung Galaxy Tab S7+ (8/256GB) disahkan akan hadir dengan harga penjualan RM 4,599 ( berdasarkan paparan harga ketika pelancaran media siri Galaxy Note20 di Malaysia).

Siri Samsung Galaxy Tab S7 akan hadir didalam tiga pilihan warna iaitu Mystic Black, Mystic Silver dan Mystic Bronze.

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.