Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C12 Malaysia – Telefon Pintar Pertama Siri C realme Yang Memiliki Teknologi Tri-Kamera AI Nightscape

realme C12 Malaysia – Telefon Pintar Pertama Siri C realme Yang Memiliki Teknologi Tri-Kamera AI Nightscape

realme C12 Malaysia - Telefon Pintar Pertama Siri C realme Yang Memiliki Teknologi Tri-Kamera AI Nightscape 7

realme Malaysia baru-baru ini telah mengesahkan  bahawa realme C12 akan dilancarkan di Malaysia pada 25 Ogos.

realme C12 merupakan telefon pintar pertama syarikat ini untuk memiliki bateri berkapasiti 6,000mAh namun kelebihan realme C12 tidak terbatas kepada kapasiti bateri mega ini sahaja.

realme C12 juga menjadi telefon pintar didalam siri C realme untuk memiliki 4 modul kamera iaitu tetapan tri-kamera dibelakang dan satu kamera selfie dihadapan.

realme c12

Sensor utama super clear 13MP

Walaupun hadir sebagai telefon pintar kelas entry-level, realme C12 telah menggunapakai sensor utama 13MP yang mempunyai aperture f/2.2. Ini membolehkan setiap ketikan gambar yang diambil melalui realme C12 ternyata lebih cerah dan teliti.

Selain itu, sensor utama ini juga dilengkap teknologi pemfokusan auto PDAF yang memberikan anda pemfokusan yang pantas dan tepat.

realme C12 juga dilengkapi dengan teknologi fotografi malam terkemuka realme iaitu Nightscape.

realme C12 Malaysia - Telefon Pintar Pertama Siri C realme Yang Memiliki Teknologi Tri-Kamera AI Nightscape 8
Gambar diambile oleh realme c12 dengan Nightscape mode.

Lensa B&W

Lensa B&W yang dimiliki realme C12 ini menawarkan pengguna kesan artistik untuk potret.

Lensa ini membolehkan penghasilan semula gambar potret didalam warna hitam & putih yang memberikan hasil gambar yang lebih teliti dengan perbezaan anda subjek yang cerah dan gelap

Pada mod potret pula, realme menawarkan penggunaan pelarasan pendedahan, suhu warna dan pelbagai parameter lain juga disesuaikan mengikut keperluan.

Lensa Makro

Seperti telefon pintar kelas flaghsip realme, realme C12 juga dilengkapi dengan lensa makro yang menawarkan pengguna fotografi jarak dekat .

Ini membolehkan pengguna mengambil gambar subjek mikro pada jarak sedekat 4cm yang lebih menarik dan membuka ruang fotografi yang lebih unik dan mikro.

realme C12 Malaysia - Telefon Pintar Pertama Siri C realme Yang Memiliki Teknologi Tri-Kamera AI Nightscape 9
Gambar diambil oleh realme C12 dengan lensa makro.

Kamera Selfie 5MP

Pada bahagian hadapan, realme C12 juga dilengkapi dengan satu sensor selfie 5MP yang mempunyai keupyaan untuk mengambil gambar swafoto yang terang dan cantik.

realme C12 Malaysia - Telefon Pintar Pertama Siri C realme Yang Memiliki Teknologi Tri-Kamera AI Nightscape 10

Sensor swafoto juga menyokong pelbagai fungsi seperti AI beautification, mod HDR, mod potret dan mod Panoselfie yang membolehkan anda mengambil gambar selfie yang lebih luas.

Dengan realme C12, pengguna kini boleh menikmati pengalaman kamera terbaik pada segmen harga ini.

realme C12 Malaysia - Telefon Pintar Pertama Siri C realme Yang Memiliki Teknologi Tri-Kamera AI Nightscape 11

Telefon pintar terbaru didalam siri C realme ini akan memasuki pasaran Malaysia didalam masa 4 hari sahaja lagi.

Anda boleh turut menonton majlis pelancaran realme C12 yang akan berlangsung pada 25 Ogos ini di Facebook realme Malaysia (siaran langsung bermula dari jam 11 pagi).

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.