Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Note 20 & Galaxy Note 20 Ultra 5G mula ditawarkan di Malaysia pada 21 Ogos ini – program trade-in dengan penjimatan sehingga RM 4,005 juga ditawarkan

Samsung Galaxy Note 20 Ultra MalaysiaSamsung Malaysia secara rasminya telah mengumumkan penjualan siri Galaxy Note20 di pasaran tempatan mulai 21 Ogos ini namun anda pasti sedia maklum bahawa pra-tempahan telefon pintar ini telah dibuka sejak 6 Ogos 2020.

Samsung Galaxy Note 20 Malaysia

Samsung Galaxy Note 20 dan Samsung Galaxy Note 20 Ultra merupakan generasi terbaru siri Galaxy Note20 yang kini memasuki usia 10 tahun dan ianya hadir dengan harga penjualan dari RM 3,899.

Pada sesi percubaan media siri Galaxy Note20 sebentar tadi, Samsung Malaysia juga telah mengumumkan promosi khas bagi bakal pembeli siri Galaxy Note 20 dimana setiap pembelian akan menerima satu unit Samsung UV Sterilizer yang juga menyokong pengecasan tanpa wayar dan wireless charger convertible (bernilai RM 508).

Promosi menarik ini boleh dinikmati dengan pembelian telefon pintar Galaxy Note 20 atau Galaxy Note 20 Ultra di Samsung Experience Store seluruh negara atau Samsung e-store.

Selain itu, Samsung juga telah mengumumkan program trade-in pembelian siri Galaxy Note 20 yang membolehkan anda menikmati penjimatan sehingga RM 4,005 bagi siri Galaxy Note 20 yang baru ini.

Maklumat lanjut mengenai promosi trade ini boleh diketahui di https://www.samsung.com/my/offer/note20campaign/


Berikut adalah harga penjualan Samsung Galaxy Note 20 dan Samsung Galaxy Note 20 Ultra :

Samsung Galaxy Note 20 4G 256GB – RM 3,899

Samsung Galaxy Note 20 5G 256GB – RM 4,299

Samsung Galaxy Note 20 Ultra 5G 256GB – RM 5,199

maklumat spesifikasi Samsung Galaxy Note 20 Ultra 5G dan Galaxy Note 20 di SINI

pra-tempahan bagi siri Galaxy Note 20 boleh dibuat di SINI – stok bagi Galaxy Note20 Ultra telah habis

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.