Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Nord kini rasmi di Malaysia pada harga serendah RM 1,799 – penjualan bermula hari ini di Shopee


OnePlus Malaysia secara rasminya telah melancarkan OnePlus Nord ke pasaran Malaysia dan telefon pintar ini adalah model yang amat dinantikan oleh peminat OnePlus di Malaysia sejak pelancaran global pada 21 Julai yang lalu.

OnePlus Nord akan ditawarkan di Malaysia mulai jam 1 tengahari ini di stor atas talian rasmi OnePlus Malaysia di Shopee.

Menyentuh mengenai spesifikasi telefon pintar terbaru OnePlus ini , ianya hadir dengan skrin paparan Fluid AMOLED berukuran 6.4-inci yang mempunyai kadar segar semula 90Hz pada resolusi FHD+.

Selain itu, OnePlus Nord juga disertakan dengan pemproses Snapdragon 765G yang membawakan sokongan 5G, 8/ 12GB RAM manakala storan adalah antara 128GB atau 256GB.

Beralih kepada spesfikasi kamera pula, OnePlus Nord dilengkapi dengan sistem Quad-Kamera yang mana sensor utamanya adalah 48MP Sony IMX586 yang juga memiliki OIS, sensor ultrawide 119° , sensor depth 5MP dan sensor makro 2MP.

OnePlus Nord juga memiliki tebukan punch-hole yang menempatkan dua sensor selfie iaitu satu sensor utama 32MP Sony IMX616 dan satu sensor ultrawide 8MP 105°.

Kapasiti bateri OnePlus Nord adalah 4,115mAh dan ianya juga dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas Warp Charge 30T

Selain itu, OnePlus Nord juga memiliki OxygenOS yang berasaskan Android 10 (2 tahun jaminan kemaskini OS) , butang slider notifikasi pada sisi, NFC, GPS L1 + L5.

OnePlus Nord akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu Blue Marble dan Gray Onyx.

OnePlus Nord akan hadir dengan harga penjualan yang amat kompetitif iaitu pada harga RM 1,799 bagi versi 8GB/128GB manakala versi 12/256GB pula akan ditawarkan pada harga RM 2,399 didalam pakej Infinite Joy Bundle yang akan turut menerima OnePlus Buds (bernilai RM 399).

Anda boleh membuat pembelian OnePlus Nord versi 8/128GB mulai jam 1 tengahari ini di stor atas talian rasmi OnePlus Malaysia di Shopee manakala penjualan Offline melalui wakil pengedar sah OnePlus pula akan bermula dari 22 Ogos 2020.

OnePlus Nord Infinite Joy Bundle

OnePlus Nord versi 12/256GB didalam pakej Infinite Joy Bundle pula akan ditawarkan mulai 25 Ogos juga di stor atas talian rasmi OnePlus Malaysia di Shopee.

OnePlus Nord juga akan ditawarkan melalui syarikat telekomunikasi Maxis namun maklumat pelan yang akan ditawarkan masih belum diumumkan buat masa ini.

OnePlus Buds Malaysia

Selain OnePlus Nord, OnePlus turut telah memperkenalkan OnePlus Buds yang merupakan earbuds TWS pertama OnePlus dan ianya akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 399 mulai 25 Ogos di Shopee.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.