Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Note 20 Ultra dan Galaxy Note 20 kini rasmi dengan harga penjualan dari RM 3,899

Samsung Galaxy Note 20 Ultra dan Galaxy Note 20 kini rasmi dengan harga penjualan dari RM 3,899 25Samsung secara rasminya telah melancarkan Samsung Galaxy Note 20 Ultra dan Samsung Galaxy Note 20 yang merupakan pelancaran pertama Samsung pasca wabak covid-19.

Samsung Galaxy Note 20 Ultra dan Galaxy Note 20 kini rasmi dengan harga penjualan dari RM 3,899 26

Samsung Galaxy Note 20 dan Samsung Galaxy Note 20 Ultra hadir dengan reka bentuk yang lebih menarik dan premium dengan warna Mystic Brown dilihat sesuatu yang pasti mencuri tumpuan.

Samsung Galaxy Note 20 Ultra dan Galaxy Note 20 kini rasmi dengan harga penjualan dari RM 3,899 27

Kadar latensi pada S-Pen yang disertakan pada Samsung Galaxy Note 20 Ultra adalah 9ms iaitu 10 kali ganda lebih rendah berbanding S-Pen pada generasi lalu (S-Pen Galaxy  Note 20 adalah sama seperti pada generasi sebelum ini iaitu dengan latensi 26ms).

Samsung Galaxy Note 20 Ultra dan Galaxy Note 20 kini rasmi dengan harga penjualan dari RM 3,899 28

Samsung Galaxy Note 20 Ultra 

Samsung Galaxy Note 20 Ultra hadir dengan skrin paparan Quad HD+ Infinity-O Dynamic AMOLED 2x berukuran 6.9-inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz dan turut dilapisi gelas keselamatan generasi terbaru Corning iaitu Gorilla Glass Victus.

Samsung Galaxy Note 20 Ultra dan Galaxy Note 20 kini rasmi dengan harga penjualan dari RM 3,899 29

Beralih kepada kamera, Samsung Galaxy Note 20 Ultra disertakan dengan tetapan tiga kamera dibelakang iaitu sensor utama wide-angle 108MP, 12MP ultra-wide dan 12MP telefoto serta sensor Laser AF yang menawarkan pengguna satu pengalaman kamera yang terbaik dipasaran dan ianya turut menyokong rakaman video 8K. rakaman video 120fps pada resolusi FHD, live focus video dan pengstabilan Super Steady.

Samsung Galaxy Note 20 Ultra dan Galaxy Note 20 kini rasmi dengan harga penjualan dari RM 3,899 30

Samsung Galaxy Note 20 Ultra dan Galaxy Note 20 kini rasmi dengan harga penjualan dari RM 3,899 31

Kamera selfie Galaxy Note 20 Ultra adalah unit 10MP.

Bercakap mengenai prestasi dalaman telefon pintar ini, Galaxy Note 20 Ultra akan ditawarkan dengan cipset Exynos 990 di pasaran Malaysia dan ianya akan dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB jenis UFS 3.1.

Samsung Galaxy Note 20 Ultra akan ditawarkan didalam varian 5G dan ianya juga menawarkan sokongan WiFi 6.

Samsung Galaxy Note 20 Ultra dan Galaxy Note 20 kini rasmi dengan harga penjualan dari RM 3,899 32
Samsung Galaxy Note 20 Ultra juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang juga disertakan dengan bateri dengan pengecasan pantas 25W (0-50% dalam masa 30 minit).

Galaxy Note 20 Ultra juga memiliki pensijilan kalis air dan habuk IP68, pembesar suara stereo, pengecasan tanpa wayar dan pengecasan berbalik Wireless Power Share.

Samsung Galaxy Note 20 Ultra dan Galaxy Note 20 kini rasmi dengan harga penjualan dari RM 3,899 33

Samsung Galaxy Note 20

Samsung Galaxy Note 20 adalah model mempunyai pelbagai perbezaan dengan Galaxy Note20 Ultra.

Ianya hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 6.7” yang mempunyai resolusi FHD+ pada kadar segar semula kovensional 60Hz sahaja.

Dari segi pemprosesan dalaman, Galaxy Note 20 juga disertakan dengan pemproses Exynos 990, 8GB RAM jenis LPDDR5 dan storan dalaman 256GB jenis UFS 3.1 namun tiada slot microSD.

Samsung Galaxy Note 20 Ultra dan Galaxy Note 20 kini rasmi dengan harga penjualan dari RM 3,899 34

Samsung Galaxy Note 20 pula hadir dengan tetapan tri-kamera yang terdiri daripada sensor utama wide-angle 12MP, sensor ultra wide 12MP dan sensor telefoto 64MP manakala kamera selfie adalah unit 10MP yang sama seperti Galaxy Note 20 Ultra.

Samsung Galaxy Note 20 juga menyokong rakaman 8K, video gerak perlahan 120fps pada resolusi FHD+ dan Space Zoom 30x (50x Space Zoom pada Galaxy Note 20 Ultra).

Beralih kepada bateri, Galaxy Note 20 disertakan dengan bateri berkapasiti 4,300mAh dengan teknologi pengecasan pantas yang sama iaitu pada kadar 25W.

Samsung Galaxy Note20 dan Samsung Galaxy Note20 Ultra akan hadir didalam tiga pilihan warna iaitu Mystic Bronze, Mystic Green dan Mystic Black.

Samsung Galaxy Note 20 Ultra dan Galaxy Note 20 kini rasmi dengan harga penjualan dari RM 3,899 35
Samsung Galaxy Note20 dan Samsung Galaxy Note20 Ultra akan ditawarkan untuk Pra-tempahan mulai 6 Ogos dengan harga penjualan dan promosi seperti berikut :

Samsung Galaxy Note 20 Ultra dan Galaxy Note 20 kini rasmi dengan harga penjualan dari RM 3,899 36

Samsung Galaxy Note20 4G 8/256GB – RM 3,899 – percuma Samsung Galaxy Buds+ ( warna putih) + Samsung UV Sterlizer + Samsung Wireless Charger.

Samsung Galaxy Note20 5G 12/256GB – RM 4,299 – percuma Samsung Galaxy Buds+ ( warna putih)+ Samsung UV Sterlizer + Samsung Wireless Charger.

Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G 12/256GB – RM 5,199 – percuma Samsung Galaxy Buds Live ( warna bronze)+ Samsung UV Sterlizer + Samsung Wireless Charger.

Pra-tempahan akan dibuka mulai 6 Ogos 2020 bermula jam 10 pagi sehingga 20 Ogos 2020 atau sementara stok masih ada.

pra-tempahan boleh dibuat di Samsung

Samsung Galaxy Watch 3 – reka bentuk yang lebih elegan pada harga dari RM 1,699 sahaja

Samsung Buds Live – TWS terbaru Samsung dengan ANC dan reka bentuk seperti kekacang

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.