Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C12 Malaysia – Telefon Pintar Pertama realme Dengan Bateri Mega Berkapasiti 6,000mAh

 

realme C12 Malaysia – Telefon Pintar Pertama realme Dengan Bateri Mega Berkapasiti 6,000mAh 

realme Malaysia sentiasa berusaha untuk merevolusikan pasaran dengan penawaran telefon pintar terbaik tidak kira pada tahap harga telefon pintar realme itu dijual.

Kelas entry-level realme sentiasa terkenal dengan model yang menawarkan kapasiti bateri yang besar selain reka bentuk premium.

realme C12 yang telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada 25 Ogos ini dan telefon pintar menampilkan bateri 6,000mAh yang pertama kali digunakan pada telefon pintar realme.

Bateri 6,000mAh & Fungsi OTG Reverse Charge

Pengunaan bateri realme C12 membolehkan pengguna menikmati pengunaan tanpa had dan tanpa sebarang batasan kerana telefon pintar realme ini telah terbukti mampu menawarkan jangka hayat bateri yang baik dan sehingga 57 hari didalam mod standby.

Apa yang lebih menarik adalah, ianya juga boleh digunakan untuk mengecas telefon pintar Android atau Apple yang lain dengan fungsi OTG reverse charge atau bahasa yang lebih mudah difahami sebagai sebuah powerbank.

Optimasi Jangka Hayat Bateri 

Walaupun bateri 6,000mAh adalah tunjang kepada jangka hayat bateri yang baik, optimasi perisian yang mendalam juga menawarkan kelebihan kompetitif kepada realme C12 ini.

Hasil integrasi perisian yang mendalam ini membolehkan realme C12 dilengkapi dengan teknologi App Quick Freeze dan Screen Battery Optimization.

App Quick Freeze memboleh realme C12 ‘membekukan’ aplikasi yang jarang digunakan daripada menggunakan tenaga bateri dilatar belakang manakala Screen Battery Optimizations pula akan mengurangkan kesan grafik pada skrin tanpa sebarang perbezaan ketara sekaligus meningkatkan lagi tahap ketahanan bateri.

Selain itu, mekanisma penjimatan bateri pada realme C12 juga berlaku ketika anda tidur, dengan sleep stanby optimization

Jika itu tidak mencukupi untuk anda meningkatkan jangka hayat bateri, anda boleh mengaktifkan mod power saving yang mengaktifkan beberapa mekanisma penjimatan bateri seperti pengurangan kecerahan skrin, fungsi auto screen-off ditetapkan pada durasi 15 saat dan menghentikan background sync.

Mod Super Power Saving 

Didalam mod ini, realme C12 memberikan anda kebebasan untuk memilih 6 aplikasi utama yang anda mahu kekal aktif untuk mencapai tahap jangka hayat bateri yang paling efisen dan pada masa yang sama telefon pintar akan mengaktifkan mod penjimatan bateri agresif.

Menurut kajian yang dijalankan oleh realme Lab, seorang pengguna secara puratanya hanya menggunakan 6 aplikasi (70-80% ketika pengunaan telefon pintar).

Dengan teknologi penjimatan bateri seperti ini, realme C12 terbukti menawarkan pengguna satu pakej penjimatan bateri yang sangat efektif tanpa sedikit pun mengganggu pengalaman pengguna.

realme C12 akan dilancarkan di Malaysia pada 25 Ogos ini dan pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton majlis pelancaran realme C12 di Facebook realme Malaysia yang dijangka bermula pada jam 11 pagi.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.