Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pertumbuhan realme pada 6 bulan pertama 2020 kekal konsisten walaupun pandemik covid-19


realme, satu jenama telefon pintar yang semakin terkenal baru sahaja mengeluarkan statistik pertumbuhan pasaran mereka bagi H1 2020 (6 bulan pertama).

Pada suku kedua 2020, realme telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 11% didalam pasaran telefon pintar global yang menjadikanya antara jenama yang mencatatkan pertumbuhan positif dan ini juga membolehkan realme dinobatkan sebagai syarikat telefon pintar yang paling berkembang pesat bagi 4 suku berturut-turut.

Laporan daripada Counterpoint juga mendedahkan bahawa realme kini mempunyai 40 juta pengguna dimana 15 juta pengguna baru telah menyertai keluarga realme pada 6 bulan pertama tahun iniZ

Dengan pertambahan ini, realme kini merupakan antara 4 jenama terbaik di pasaran iaitu Thailand, India, Kemboja dan Mesir.

Selain itu, realme juga berada didalam kedudukan 5 syarikat telefon pintar terbaik dipasaran Mynamar, Filipina, Indonesia, Ukrain dan Vietnam (berdasarkan Counterpoint Research dan IDC).

Diperingkat global, realme masih kekal didalam senarai 7 syarikat telefon pintar terbaik dan telah memasuki 59 pasaran seluruh dunia didalam masa 2 tahun sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.