Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pocophone F2 Pro versi 8/256GB kini ditawarkan pada harga RM 2,299 sahaja

Pocophone F2 Pro
Pocophone F2 Pro telah dilancarkan di Malaysia beberapa bulan lalu pada harga RM 2,199 bagi versi 8/128GB dan RM 2,599 bagi versi 8/256GB.

Apa yang menarik di sini adalah, telefon pintar flagship killer ini kini ditawarkan pada harga yang lebih murah iaitu bagi versi 8/256GB iaitu pada harga RM 2,299 sahaja.

Harga baru bagi Poco F2 Pro versi 8/256GB adalah mulai hari ini dan ini bermaksud perbezaan harga antara versi 8/128GB san 8/256GB hanya RM 100.

Ini merupakan berita baik bagi peminat telefon pintar Pocophone F2 Pro di Malaysia kerana penurunan harga ini adalah tetap dan bukanya terhad.

Pembelian Pocophone F2 Pro pada harga baru ini kini sudah boleh dibuat secara atas talian di stor rasmi Xiaomi di Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.