Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno 4 Pro dan Reno 4 kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,699

Oppo Reno 4 Pro dan Reno 4 kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,699 17
Oppo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa siri telefon pintar Oppo Reno 4 akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Oppo Reno 4 dan Reno 4 Pro membawakan skrin paparan OLED dan pemproses Snapdragon 720G (bukan Snapdragon 765G seperti di pasaran China).

Oppo Reno 4 Pro dan Reno 4 kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,699 18

Oppo Reno 4 hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.4-inci yang memiliki kamera selfie punch hole 32MP manakala Oppo Reno 4 Pro pula hadir dengn skrin paparan 90Hz AMOLED berukuran 6.5-inci dengan kamera selfie punch hole 32MP (Sony IMX616)

Oppo Reno 4 Pro dan Reno 4 kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,699 19

Pada bahagian kamera, Oppo Reno 4 Pro dan Reno 4  dilengkapkan dengan kamera utama 48MP bersama-sama sensor ultrawide 8MP, 2MP sensor depth dan 2MP sensor mono.

Oppo Reno 4 dan Reno 4 Pro juga hadir dengan pemproses Snapdragon 720G yang dipadankan dengan sehingga 8GB RAM manakala storan dalaman adalah 128GB bagi Reno4 dan 256GB bagi Reno4 Pro.

Kedua-dua model didalam siri Reno 4 ini juga hadir dengan  ColorOS 7.2.

Oppo Reno 4 Pro dan Reno 4 kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,699 20

Oppo Reno 4 disertakan dengan bateri berkapasiti 4,015mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W manakala Reno4 Pro hadir dengan bateri 4,000mAh yang disertakan dengan sokongan pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0.

Oppo Reno 4 Pro dan Reno 4 kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,699 21 Oppo Reno 4 Pro dan Reno 4 kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,699 22
Oppo Reno4 dan Reno4 Pro kini dibuka untuk pra-tempahan iaitu dari 3-7 Ogos 2020 (penjualan bermula 8 Ogos) dengan pembelian Reno4 akan menerima satu tahun waranti tambahan manakala pembelian Reno4 Pro akan menerima Oppo Enco W31 TWS dan 1 tahun waranti skrin secara percuma.

Beli Oppo Reno4 Pro di Oppo Store

Beli Oppo Reno4 di Oppo Store

Oppo Reno 4 hadir dengan harga penjualan RM 1,699 manakala Oppo Reno 4 Pro ditawarkan pada harga RM 2,399.

Oppo Reno 4 Pro dan Reno 4 kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,699 23Oppo Reno 4 Pro dan Reno 4 kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,699 24

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.