Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

450 unit kotak misteri OnePlus Nord habis didalam masa 60 saat sahaja


OnePlus Nord adalah model paling hangat di pasaran dan bahang ini juga terasa di Malaysia walaupun status harga dan tarikh penjualan telefon pintar ini di pasaran tempatan masih belum diumumkan.

Pada tengah malam tadi, OnePlus Nord Malaysia telah mula menawarkan kotak misteri OnePlus Nord pada harga RM 99 sahaja dan sambutan yang diterima baginya adalah sangat luar biasa.

OnePlus Nord telah mengumunkan 450 unit kotak misteri ini telah terjual didalam 60 saat sahaja dan berdasarkan tinjauan kami mendapati ramai yang kecewa dan terkejut kerana kotak misteri habis terjual sejurus selepas penjualan bermula.

Kotak misteri OnePlus Nord ini menawarkan anda peluang memenangi salah satu daripada 2 unit OnePlus Nord, 10 unit OnePlus Buds atau 15 unit jaket edisi terhad OnePlus Nord Tyvek.

Bagi yang tidak bertuah memperoleh kotak misteri seperti di atas, anda tidak kerugian kerana, kotak misteri ini juga mengandungi baucar RM 99 tanpa pembelian minima dan barangan OnePlus.

Selepas ini, OnePlus dijangka akan memulakan penjualan OnePlus Nord di Malaysia dan pastikan anda mengikuti perkembangan terkini di Facebook Mobilefokus.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.