Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Black Shark 3S kini rasmi – skrin AMOLED 120Hz, JOY UI 12 namun cipset masih Snapdragon 865


Seperti yang kami perkatakan beberapa hari lalu, Black Shark telah memperkenalkan generasi baru telefon pintar gaming mereka iaitu Black Shark 3S dan ianya masih berkongsi pelbagai spesifikasi Black Shark 3.

Perubahan terbesar yang anda boleh temui pada Black Shark 3S ini adalah skrin paparan AMOLED 6.67-inci telefon pintar ini kini hadir dengan kadar segar semula 120Hz berbanding hanya 90Hz pada Black Shark 3 namun masih ‘dibawah’ ROG Phone 3 dan Lenovo Legion Pro yang menggunakan panel 144Hz.

Panel AMOLED ini menawarkan resolusi 1080p+ dengan tahap kecerahan maksima 500nits, 105% DCI-P3 dan MEMC generasi ke-3.

Agak mengecewakan adalah Black Shark 3S mengekalkan pengunaan cipset Snapdragon 865 dan bukanya versi Snapdragon 865+ yang dilancarkan baru-baru ini sebagai cipset peranti mudah alih pertama didunia untuk melepasi kelajuan 3.0GHz.

RAM Black Shark 3S adalah jenis LPDDR5 yang mana terdapat dua pilihan samada 12GB atau 16GB manakala storan dalaman adalah jenis UFS 3.1 pada kapasiti 128/256GB dan 512GB yang akan ditawarkan kelak.

JOY UI12 juga disertakan pada Black Shark 3S dan ianya menawarkan fungsi screen mirroring yang membolehkan anda bermain permainan video pada komputer menggunakan papan kekunci dan tetikus yang mana kadar operasi mod ini adalah 60fps manakala latensi adalah 40ms.

Selain daripada itu, spesifikasi Black Shark 3S ini adalah sama seperti Black Shark 3S iaitu bateri 4,729mAh (pengecasan pantas 65W), adapter magnetik, tri-kamera 64MP dan 20MP kamera selfie.

Black Shark 3S

Harga penjualan Black Shark 3S adalah seperti berikut:

Black Shark 3S 12/128GB – CNY 3,999 (RM 2,429)

Black Shark 3S 12/256GB – CNY 4,299 (RM 2,611)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.