Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinity by Harman – jenama audio premium kini mula memasuki pasaran Malaysia


HARMAN, anak syarikat milik penuh Samsung Electronics Co. Ltd telah mula menawarkan produk audio terbaru mereka di Malaysia dengan jenama –
Infinity by HARMAN.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran jenama, Infinity telah melancarkan 10 produk baharu audio yang menarik termasuk enam fon kepala Infinity dan empat pembesar suara Bluetooth mudah alih.

Infinity merupakan penambahan terbaharu untuk barisan jenama audio premium yang sangat popular seperti JBL, AKG, Harman Kardon, Revel® dan Mark Levinson by HARMAN.

Infinity audio malaysia
Produk Infinity direka bentuk untuk golongan audiophile yang mencari pilihan yang lebih luas dan bersesuaian namun pada harga yang berpatutan.

Jajaran produk Infinity dilengkapi dengan reka bentuk bergaya yang pintar dan mod bass yang lebih baik.

Dengan satu klik, pengguna dapat menikmati irama lagu yang penuh dengan nada bass, dan klik lagi sekali untuk kembali secara lancar ke bunyi yang asal.

Dengan perkembangan terperinci dan mekanisme tepat yang digunakan dalam teknologi suara, pengguna boleh menikmati pengalaman audio sampai bila-bila (Infinity).

“Sejak bertahun-tahun, Infinity merupakan produk yang paling ingin dimiliki para peminat audio dan merupakan pilihan yang terbaik untuk golongan pendengar yang arif di seluruh dunia,” kata Encik Mitchell Wong, Pengurus Pembangunan Perniagaan HARMAN International.

Sejak pelancaran pertama pada tahun 1968, jenama Infinity telah mencipta gabungan teknologi, prestasi dan reka bentuk yang unik untuk pelbagai golongan pengguna di seluruh dunia.

Jenama ini menawarkan pelbagai aplikasi audio termasuk surround sound pelbagai saluran, pakej home theater, pembesar suara rumah di dinding, penguat audio marin dan subwoofer, dan pelbagai produk audio seperti fon telinga dan fon kepala dinamik, termasuk pembesar suara mudah alih untuk pengguna.

Produk Infinity baharu merangkumi:

1. Fon kepala – Wynd, Tranz Series, bermula dari RM 59.00

2. Pembesar suara Bluetooth – Clubz Series yang bermula pada harga dari RM 89.00

Peminat Harman boleh mendapatkan fon kepala Infinity dan pembesar suara mudah alih melalui kedai dalam talian dan kedai runcit terpilih termasuk SenQ, Urban Republic, Mac City, Vivid Marketing, All IT, Lazada Tech Mall, dan Shopee mulai 6 Ogos ini.

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.