Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Service Giving Season Kembali Lagi – Pengalaman Selepas Jualan Terbaik Untuk Anda

HUAWEI Service Giving Season Kembali Lagi - Pengalaman Selepas Jualan Terbaik Untuk Anda 1

Screenshot

 

Dunia teknologi adalah sangat berdaya saing dimana setiap produk berevolusi dengan pantas.

Produk yang hebat menjadi permulaan kepada sesebuah jenama, namun perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang membina hubungan yang berkekalan dengan pelanggan.

Sehubungan dengan itu, 2025 HUAWEI Service Giving Season kini sedang berlangsung dari 1 Oktober 2025 sehingga 31 Disember 2025.

HUAWEI Service Giving Season adalah untuk mendekati dan menghargai pelanggan setia HUAWEI. Ia menawarkan rangkaian perkhidmatan yang direka untuk memberi pelanggan pengalaman penjagaan peranti yang lebih menyeluruh dan berbaloi yang termasuk Servis Tanpa Caj Buruh, Pelindung Skrin Percuma, Hadiah Percuma, Diskaun Alat Ganti dan Gantian Skrin “preferential” dan diskaun bagi HUAWEI Care — sebagai tanda penghargaan dan membawa lebih penghargaan kepada pelanggan sempena menyambut tahun baru.

HUAWEI Service Giving Season Kembali Lagi - Pengalaman Selepas Jualan Terbaik Untuk Anda 2

Hadiah dan Manfaat Istimewa

Dengan mengekalkan falsafah berorientasikan pelanggan, HUAWEI Service Giving Season tahun ini memperkenalkan empat manfaat utama yang direka untuk menghargai pengguna setia serta meningkatkan pengalaman mereka. Setiap manfaat mencerminkan komitmen berterusan HUAWEI terhadap penjagaan, kemudahan dan sokongan selepas jualan—memastikan pelanggan bukan sahaja menikmati peranti premium, tetapi juga nilai perkhidmatan yang luar biasa.

HUAWEI Service Giving Season Kembali Lagi - Pengalaman Selepas Jualan Terbaik Untuk Anda 3

Pembaikan Tanpa Kos Buruh

Dengan pembaikan tanpa caj buruh, HUAWEI mengetepikan kos buruh bagi sebarang pembaikan untuk peranti yang telah tamat jaminan, sekaligus membolehkan pelanggan menjimatkan kos pembaikan bagi skrin retak atau isu perkakasan. Dengan menghapuskan caj buruh, HUAWEI mahu menjadikan pembaikan di pusat servis rasmi lebih mudah diakses dan berpatutan semasa tempoh kempen ini berlangsung sesuai dengan tema memberi.

HUAWEI Service Giving Season Kembali Lagi - Pengalaman Selepas Jualan Terbaik Untuk Anda 4

Filem Pelindung Skrin Percuma

Bagi memberikan perlindungan optimum kepada telefon Pintar dan jam tangan pintar HUAWEI kesayangan anda, HUAWEI menawarkan ‘screen protector’ percuma untuk telefon pintar dan peranti wearable di Pusat Khidmat Pelanggan HUAWEI yang terpilih di seluruh negara yang terhad untuk satu penukaran setiap pelanggan. Pelanggan digalakkan untuk mengunjungi pusat khidmat pelanggan HUAWEI yang berdekatan dengan lebih awal untuk mendapatkan faedah ini.

HUAWEI Service Giving Season Kembali Lagi - Pengalaman Selepas Jualan Terbaik Untuk Anda 5

Hadiah Percuma

Untuk menambahkan keseronokkan perayaan, HUAWEI menawarkan hadiah percuma selepas pembaikan peranti. Hadiah mungkin berbeza mengikut lokasi dan terhad kepada satu hadiah bagi setiap pelanggan. Untuk butiran lanjut, pelanggan boleh terus melawat Pusat Perkhidmatan HUAWEI yang berdekatan.

HUAWEI Service Giving Season Kembali Lagi - Pengalaman Selepas Jualan Terbaik Untuk Anda 6

Diskaun Alat Ganti Rasmi HUAWEI

Pelanggan HUAWEI juga boleh menikmati diskaun sehingga 20% bagi alat ganti rasmi terpilih bagi pembaikan di luar waranti secara eksklusif untuk peranti HUAWEI anda. Dengan diskaun menarik bagi alat ganti rasmi HUAWEI, anda tidak lagi perlu ‘mencuba nasib’ dengan menggunakan alat ganti tidak tulen yang mungkin mempunyai tahap kualiti yang tidak setaraf alat ganti tulen.

HUAWEI Service Giving Season Kembali Lagi - Pengalaman Selepas Jualan Terbaik Untuk Anda 7

Gantian Skrin Prefential

“Preferential Screen” ialah skrin asli yang ditawarkan sebagai penggantian, dan ia disertakan dengan jaminan sekurang-kurangnya 90 hari untuk ketenangan minda yang lebih baik. Ini bermaksud telefon pintar atau tablet HUAWEI anda yang telah kehabisan waranti juga boleh menikmati gantian skrin yang lebih profesional dan berkualiti tinggi.

HUAWEI Service Giving Season Kembali Lagi - Pengalaman Selepas Jualan Terbaik Untuk Anda 8

Diskaun Pelan HUAWEI Care

HUAWEI juga menawarkan diskaun bagi pembelian HUAWEI Care, membolehkan pelanggan menikmati perlindungan menyeluruh seperti jaminan lanjutan untuk telefon pintar, wearable, tablet dan komputer riba serta ketenangan fikiran pada harga yang lebih berpatutan dengan diskaun sehingga 40% . Dengan HUAWEI Care, peranti anda dilindungi daripada pembaikan yang tidak dijangka, memastikan prestasi dan kebolehpercayaan jangka panjang.

Penghantaran Pergi-Balik Percuma

Nikmati perkhidmatan penghantaran pergi-balik peranti percuma bagi semua pembaikan peranti. Anda tidak lagi perlu ke pusat servis—sediakan sahaja peranti, dan bahan pembungkusan akan turut disediakan.

HUAWEI Service Giving Season Kembali Lagi - Pengalaman Selepas Jualan Terbaik Untuk Anda 9

Tahap Perkhidmatan yang Prihatin

Dengan slogan HUAWEI, “We Care, Your Care”, ia menggambarkan komitmen syarikat untuk sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan—bermula dari pembangunan produk sehinggalah kepada sokongan selepas jualan.

Setiap tahun, Service Giving Season menjadi peluang istimewa untuk mengukuhkan hubungan antara jenama dan pelanggan, dan pada tahun 2025, Huawei melangkah lebih jauh daripada sebelumnya.

Semua pelanggan yang mengunjungi pusat servis HUAWEI atau menggunakan perkhidmatan pembaikan melalui penghantaran layak menyertai kempen ini.

Sepanjang musim ini, penghantaran peranti pergi-balik adalah percuma untuk semua pelanggan. Untuk maklumat lanjut mengenai liputan perkhidmatan, sila layari laman web rasmi HUAWEI mengikut negara anda atau melalui aplikasi My HUAWEI.

Kali ini, HUAWEI menjemput anda untuk merasai sendiri kemesraan dan keprihatinan yang penuh dengan penghargaan ini.

Buat temujanji anda di HUAWEI Service Centre yang berhampiran anda dan nikmati pengalaman selepas jualan kelas pertama yang tidak ditawarkan oleh mana-mana syarikat lain.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.