Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kotak misteri OnePlus Nord akan ditawarkan pada 4 Ogos ini -berharga RM 99 sahaja


Sejak pelancaran global OnePlus Nord, pengguna di Malaysia masih menantikan tarikh dan harga penjualan telefon pintar terbaru OnePlus ini.

OnePlus Nord kini dilancarkan secara – telefon pintar setaraf flaghsip pada harga serendah dari RM 1,595

Walaupun sudah ada pengedar telefon pintar yang mula membuka pra-tempahan, sumber rasmi bagi pembelian OnePlus Nord iaitu melalui stor rasmi OnePlus di Shopee masih belum memberikan sebarang indikasi penjualan bakal bermula.

Walaubagaimanapun sebagai meningkatkan lagi ‘demam’ OnePlus Nord ini, OnePlus akan menawarkan 450 kotak misteri OnePlus Nord yang akan ditawarkan di Shopee pada 4 Ogos ini.

Setiap satu kotak misteri OnePlus ini akan ditawarkan pada harga RM 99 dan terdapat dua unit OnePlus Nord, 10 unit OnePlus Buds, 15 unit jaket OnePlus Nord Tyvek (daripada 450 unit yang akan dijual).

Apa yang lebih menarik adalah, jika anda tidak berjaya menjadi pemilik bertuah kotak misteri yang mengandungi hadiah menarik seperti di atas, anda masih akan menerima barangan OnePlus dan baucar tunai RM 99 bagi pembelian produk OnePlus di stor OnePlus Shopee.

Ini bermaksud anda tidak rugi apa-apa dan sekadar mencuba nasib anda untuk memenangi salah satu daripada 27 kotak misteri yang mengandungi hadiah yang lebih berbaloi.

Jika berminat, pastikan anda tidak terlepas penjualan kotak misteri OnePlus Nord yang akan berlangsung pada 4 Ogos ini (tepat jam 12 tengah malam) secara eksklusif di stor rasmi OnePlus di Shopee.

ikuti stor OnePlus Nord atau akaun Instagram OnePlus Nord Malaysia untuk perkembangan terkini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.