Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Note20, Z Fold 2, Watch 3, Tab S7 dan Buds Live akan dilancarkan 5 Ogos ini


Tanggal 5 Ogos akan menyaksikan majlis pelancaran kelas flagship terbaru Samsung yang boleh dikatakan sebagai majlis pelancaran terbesar selepas dunia dilanda Covid-19.

Sudah Sedia maklum bahawa Samsung akan memperkenalkan siri Galaxy Note20 dan Galaxy Z Fold yang merupakan pengganti kepada Galaxy Fold.

 

Walaubagaimanapun menurut teaser terbaru yang dikeluarkan oleh Samsung, syarikat ini akan melancarkan 5 produk terbaru mereka dan ianya termasuk tablet siri Galaxy Tab S7, jam pintar Galaxy Watch 3 dan Galaxy Buds Live.

Pada permulaan, Video teaser ini memperlihatkan  warna baru bagi telefon pintar flagship Samsung ini iaitu Mystic Bronze selain lakaran kasar Galaxy Z Fold 2 dan stylus S-Pen turut membuat penampilan pada video ini.

Majlis pelancaran Galaxy Unpacked ini akan berlangsung pada 5 Ogos ini iaitu di kampus Samsung Digital City yang terletak di Suwon, Korea Selatan.

Pada akhir video, Samsung menunjukkan satu bayangan hitam kesemua produk terbaru syarikat ini yang akan dilancarkan minggu hadapan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.