Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Black Shark 3S dengan Snapdragon 865+ akan dilancarkan 31 Julai ini


Black Shark 3S dengan Snapdragon 865+ akan dilancarkan 31 Julai ini

Baru-baru ini Qualcomm telah memperkenalkan cipset Snapdragon 865+ yang merupakan cipset pertama dipasaran untuk melepasi kelajuan 3.0GHz dan pelancaran cipset terbaru ini telah memperlihatkan pelancaran beberapa telefon pintar gaming yang terbaru.

Antara telefon pintar gaming yang telah menggunapakai cipset Snapdragon 865+ ini adalah Asus ROG Phone 3 yang akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan September dan Lenovo Legion Pro ( Samsung Galaxy Z Flip 5G juga menggunakan cipset ini).

Black Shark, satu lagi pengeluar telefon pintar gaming kini nampaknya akan memperkenalkan Black Shark 3S pada 31 Julai ini dan ianya bakal hadir dengan cipset Snapdragon 865+.

Selain daripada itu, Black Shark 3S juga dilihat akan menggunakan skrin paparan 144Hz berbanding skrin 90Hz pada Blck Shark 3.

Selain daripada itu, reka bentuk Black Shark 3S dijangka kekal sama seperti Black Shark 3 namun teknologi pengecasan pantas 120W terbaru Xiaomi mungkin digunakan menggantikan pengecasan pantas 65W yang digunakan pada BS3 Pro.

Seperti Siri Black Shark 3, Black Shark 3S juga dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi dan pembelian dijangka boleh dibuat melalui stor rasmi Black Shark di Shopee.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.