Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nubia Red Magic 5S akan dilancarkan pada 28 Julai dengan pemproses Snapdragon 865+

Nubia Red Magic 5S akan dilancarkan pada 28 Julai dengan pemproses Snapdragon 865+ 7
Walaupun menawarkan Nubia Red Magic 5G sebagai wakil mereka didalam pasaran telefon pintar gaming, Nubia dilihat tidak mahu ketinggalan didalam pasaran ini khususnya selepas pelancaran dua telefon pintar gaming dengan pemproses Snapdragon 865+ pada 22 Julai ini (ROG Phone III dan Lenovo Legion).

Nubias Red Magic 5S yang telah diperkatakan sejak beberapa minggu kebelakangan ini kini telah disahkan akan dilancarkan minggu hadapan atau secara spesifiknya pada 28 Julai 2020.

Nubia Red Magic 5S akan dilancarkan pada 28 Julai dengan pemproses Snapdragon 865+ 8

Seperti ROG Phone III dan Lenovo Legion, Nubia Red Magic 5S juga akan hadir dengan pemproses Snapdragon 865+ dan ianya juga disertakan dengan RAM jenis LPDDR5 selain storan UFS 3.1.

Nubia Red Magic 5S akan dilancarkan pada 28 Julai dengan pemproses Snapdragon 865+ 9

Telefon pintar gaming terbaru Nubia ini juga akan memiliki sistem penyejukan menggunakan paip diperbuat daripada perak@silver selain butang sesentuh 320Hz pada sisi kanan.

Selain itu, Nubia juga akan memperkenalkan aksesori kipas penyejuk Wind Cooling Magic Box untuk  Red Magic 5S.

Selain itu, spesifikasi lain Red Magic 5S ini adalah sama seperti Red Magic 5G iaitu skrin paparan AMOLED 144Hz, sehingga 16GB RAM dan banyak lagi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.