Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo X50 Pro dan X50 kini rasmi di Malaysia- inovasi kamera dengan pengstabilan gimbal

vivo X50 Pro Malaysia
vivo Malaysia secara rasminya melancarkan vivo X50 dan vivo X50 Pro dengan harga penjualan dari RM 2,399.

Vivo X50 Pro merupakan model yang mencuri tumpuan kerana ia membawakan inovasi teknologi kamera gimbal yang pertama kali digunakan pada telefon pintar.

vivo X50 dan vivo X50 Pro juga merupakan telefon pintar 5G yang mana ianya menggunapakai pemproses Snapdragon 765G.

vivo X50 Pro dan X50 kini rasmi di Malaysia- inovasi kamera dengan pengstabilan gimbal 1
Terus kepada spesifikasi vivo X50 Pro hadir dengan skrin paparan AMOLED 3D 90Hz berukuran 6.56-inci yang mana vivo X50 juga hadir dengan panel skrin yang sama namun dengan reka bentuk gelas 2.5S sahaja dan kedua-dua telefon pintar ini juga dilengkapi kamera selfie punch-hole 32MP.

vivo X50 Pro dan X50 kini rasmi di Malaysia- inovasi kamera dengan pengstabilan gimbal 2

Beralih kepada tumpuan utama siri telefon pintar ini iaitu teknologi pengstabilan kamera gimbal, ianya hanya ditawarkan pada vivo X50 Pro iaitu pada kombinasi quad-kamera 48MP ( dengan pengstabilan gimbal) + sensor potret profesional 13MP + sensor super wide-angle 8MP + 8MP 5x zoom).

vivo X50 Pro dan X50 kini rasmi di Malaysia- inovasi kamera dengan pengstabilan gimbal 3

Bercakap mengenai kamera vivo X50 pula, ianya tidak mempunyai pengstabilan gimbal namun masih dilengkapi sensor 48MP (pengstabilan OIS) + 13MP + 8MP + 5MP.

vivo X50 Pro dan X50 kini rasmi di Malaysia- inovasi kamera dengan pengstabilan gimbal 4

Bersama-sama pemproses Snapdragon 765G ini, vivo X50 Pro dan vivo X50 juga memiliki 8GB RAM namun storan dalaman masing-masing adalah 256GB dan 128GB.

Vivo X50 Pro memiliki bateri 4,315mAh manakala vivo X50 hadir dengan bateri 4,200mAh namun kedua-dua telefon pintar ini disertakan dengan teknologi pengecasan pantas 33W vivo FlashCharge 2.0.

vivo X50 Pro dan X50 kini rasmi di Malaysia- inovasi kamera dengan pengstabilan gimbal 5

Vivo X50 akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu Frost Blue dan Glaze Black dengan harga penjualan RM 2,399 manakala vivo X50 Pro pula akan ditawarkan didalam warna Alpha Grey dengan harga penjualan adalah RM 3,199.

vivo X50 Pro dan X50 kini rasmi di Malaysia- inovasi kamera dengan pengstabilan gimbal 6

Pra-tempahan vivo X50 dan vivo X50 Pro kini telah dibuka di Lazada dimana setiap pembelian akan turut menikmati 1 tahun tambahan waranti , 1 waranti perlindungan skrin, 1 unit speaker Bluetooth Logitech X50 dan penapis udara.

Pra-tempah vivo X50 Pro 

Pra-tempah vivo X50 

Vivo X50 Pro dan vivo X50 juga ditawarkan melalui SenQ, Sengheng dan syarikat telekomunikasi utama di Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.