Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo umumkan teknolog pengecasan pantas 125W Flash Charge dan 65W AirVOOC wireless charge


Minggu ini dilihat sibuk dengan pelancaran teknologi pengecasan pantas dan Oppo juga tidak mahu ketinggalan didalam persaingan ini.

Oppo Mobile baru sahaja memperkenalkan teknologi pengecasan pantas 125W Flash Charge selain pengecasan pantas tanpa wayar 65W AirVOOC.

Pengecasan pantas 125W Flash Charge ini mampu mengecas bateri 4,000mAh ke tahap 41% didalam masa 5 minit sahaja manakala pengecasan penuh mengambil masa sekitar 20 minit.

Bercakap mengenai teknologi pengecasan tanpa wayar 65W AirVOOC pula, ianya mampu mengecas penuh bateri 4,000mAh didalam masa 30 minit sahaja dan ianya turut menyokong standard pengecasan Qi.

Selain dua teknologi pengecasan pantas ini, Oppo turut memperkenalkan adapter pengecasan pantas yang ternipis dan terkecil didunia iaitu 50W mini SuperVOOC charger dan adapter 110W mini flash charge yang juga hadir dengan reka bentuk kompak dengan ukuran 35.76cm sahaja.

Oppo juga telah berkata bahawa teknologi pengecasan pantas Oppo kini mempunyai 157 juta pengguja global dan penawaran teknologi pengecasan pantas yang baru ini adalah penting sedang dunia memasuki era 5G.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.