Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi lancar 5 produk ekosistem yang akan memasuki pasaran Malaysia – termasuk Mi Band 5


Xiaomi secara rasminya telah mengumumkan produk ekosistem terbaru mereka yang akan memasuki pasaran global dan ini juga bermaksud produk ini akan memasuki pasaran Malaysia.

Antara produk yang diumumkan ke pasaran global adalah  Mi Smart Band 5, Mi Electric Scooter Pro 2, Mi Electric Scooter 1S, Mi True Wireless Earphones 2 Basic, Mi TV Stick dan Mi Curved Gaming Monitor 34’’ .

Berikut adalah harga penjualan produk terbaru Xiaomi bagi pasaran global namun buat masa ini masih belum ada harga penjualan bagi pasaran Malaysia.

Mi Smart Band 5 – €39.99 (RM 194)

Mi Electric Scooter Pro 2 – €499 ( 2,430)

Mi Electric Scooter 1S – €399 (RM 1,943)

Mi True Wireless Earphones 2 Basic – €39.99 (RM 194)

Mi TV Stick – €39.99 (RM 194)

Mi Curved Gaming Monitor 34’’ – €399 (RM 1,943)

Harga penjualan yang diumumkan ini adalah bagi pasaran Eropah dan kami pasti harga penjualan di Malaysia pasti lebih berpatutan.

maklumat lanjut mengenai semua produk ini di Xiaomi Global


Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.