Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ROG Phone III akan dilancarkan 22 Julai ini dengan Snapdragon 865+ dan bateri 6,000mAh

ROG Phone III akan dilancarkan 22 Julai ini dengan Snapdragon 865+ dan bateri 6,000mAh 1

ROG Phone III akan dilancarkan 22 Julai ini dengan Snapdragon 865+ dan bateri 6,000mAh 2
Telefon pintar gaming Asus iaitu ROG Phone 3 dilihat akan dilancarkan secara rasmi di China dan India pada 22 Julai dan telefon pintar ini telah menerima pensijilan NCC di Taiwan yang sedikit sebanyak mendedahkan beberapa spesifikasi telefon pintar ini.

Penyenaraian NCC ini mendedahkan Asus ROG Phone III hadir dengan nombor model ASUS_I003D yang disertakan dengan adapter pengecasan pantas A299-200150U-US 30W iaitu bagi bateri 6,000mAh manakala storan dalaman adalah 512GB.

ROG Phone III akan dilancarkan 22 Julai ini dengan Snapdragon 865+ dan bateri 6,000mAh 3

Selain itu, Asus ROG Phone III telah disahkan akan hadir dengan pemproses Snapdragon 865+ yang dilancarkan minggu lalu dan ianya akan disertakan dengan 12GB RAM dan Android 10.

ROG Phone III akan turut hadir dengan skrin paparan Super AMOLED FHD+ berukuran 6.59 (mungkin panel 114Hz) dengan sensor capjari terbina dalam skrin.

Selain itu, ROG Phone III juga akan dilengkapi tetapan quad-kamera yang mana sensor utama adalah 64MP.

ROG Phone III akan dilancarkan secara rasmi pada 22 Julai ini di China dan India iaitu secara online dan pada hari yang sama Lenovo juga akan memperkenalkan pesaing ROG Phone III iaitu Lenovo Legion juga dengan pemproses Snapdragon 865+.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.