Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Apple iPhone 12 – Pengecasan Pantas 20W terbaru, tapi kena beli berasingan?

Apple iPhone 12 Malaysia
Kita kini sekitar 2 bulan sahaja sebelum pelancaran rasmi Apple iPhone 12 yang akan menyaksikan syarikar Cupertino ini memperkenalkan 4 model iPhone yang akan menawarkan pengguna pelbagai teknologi terbaru termasuk 5G.

Baru-baru ini terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Apple sedang mempertimbangkan untuk tidak menyertakan adapter pengecasan dan earpods pada iPhone yang baru ini dengan ‘alasan’ lebih mesra alam.

Ini mungkin boleh dilihat sebagai satu langkah untuk Apple mengekalkan harga penjualan iPhone seperti sediakala walaupun penawaran teknologi baru seperti 5G akan meningkatkan kos.

Selain itu, laporan terbaru juga telah memberikan petunjuk bahawa Apple akan menawarkan teknologi pengecasan pantas dengan output 20W berbanding kadar output semasa iaitu 18W sahaja.

Kapasiti bateri bagi 4 model iPhone 12 ini juga telah diketahui iaitu seperti berikut :

  • Apple iPhone 12 (5.4-inci) – 2227mAh
  • Apple iPhone 12 Max (6.1-inci) – 2775mAh
  • Apple iPhone 12 Pro (6.1-inci)  – 2775mAh
  • Apple iPhone 12 Pro Max (6.7-inci) – 3687mAh

Pada pendapat kami, adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk Apple menjual iPhone mereka tanpa adapter namun sejarah telah membuktikan Apple pernah melakukan beberapa langkah drastik seperti ini.

Jika ini menjadi kenyataan, Apple dilihat akan menawarkan pakej bundle untuk membeli adapter pengecasan pada harga lebih berpatutan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.