Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo TWS Neo akan mula ditawarkan di Malaysia pada 11 Julai ini – RM 359


vivo Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa TWS pertama syarikat ini iaitu TWS Neo akan mula ditawarkan dipasaran tempatan mulai 11 Julai ini dengan harga penjualan RM 359.

Ini bermaksud anda boleh mendapatkan TWS Neo ini di semua stor konsep vivo, wakil pengedar rasmi, rakan penjual dan platform ePerdagangan seperti Lazada, Shopee dan vivo online store 

vivo TWS Neo menampilkan reka bentuk unit pemacu yang lebih besar iaitu 14.2mm , transimisi HD setaraf HD dan 3 kesan bunyi stereo yang memberikan kualiti bunyi yang sensasi.

Selain itu, TWS Neo juga hadir dengan mod low latency 88ms dan sambungan tanpa wayar yang lebih stabil sekaligus memastikan anda menikmati pengalaman audio terbaik ketika gaming dan panggilan video.

TWS Neo juga disertakan dengan cip wireless Qualcomm dan cip kuasa T1 yang membolehkan TWS  jangka hayat bateri sehingga 22.5 jam

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.