Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Program Oppo LendX2Go tawar percubaan Oppo Find X2 5G secara percuma

Program Oppo LendX2Go tawar percubaan Oppo Find X2 5G secara percuma 5
Program pengunaan telefon pintar Oppo LendX2Go membolehkan 50 rakyat Malaysia diberi peluang untuk mencuba telefon pintar Oppo Find X2 5G selama 20 hari tanpa sebarang bayaran.

Pendaftaran bagi program percubaan Oppo Find X2 ini kini dibuka iaitu dari 5 Julai sehingga 21 Julai 2020 dan pendaftaran boleh dibuat secara atas talian di https://www.oppo.com.my/page/LendX2GoCampaign

Program Oppo LendX2Go tawar percubaan Oppo Find X2 5G secara percuma 6

Walaubagaimanapun, jika anda ingin menyertai program ini, anda dikehendaki membayar deposit sebanyak RM 2,999 ketika mengambil Oppo Find X2 5G ini dan ianya akan dipulangkan apabila anda memulangkan semula peranti.

Selepas tamat tempoh percubaan, pengguna juga mempunyai pilihan untuk membeli telefon pintar tersebut pada harga diskaun iaitu RM 3,399 sahaja iaitu dengan diskaun sebanyak RM 600.

Untuk melayakkan pengguna membeli Oppo Find X2 5G pada harga diskaun, pengguna yang terpilih diperlukan untuk berkongsi satu testimoni dan 5 gambar terbaik yang diambil menggunakan Oppo Find X2 5G di forum Lowyat Net (https://forum.lowyat.net/Android) atau forum  Cari (https://cforum3.cari.com.my/forum.php)

Testimoni ini juga harus mempunyai sekurang-kurangnya 30 patah perkataan yang termasuk titik jualan Oppo Find X2 seperti Ultra Vision Camera System, 120Hz Ultra Vision Screen, dan 65W SuperVOOC 2.0 flash charge.

Jika Anda berminat untuk menyertai program percubaan Oppo LendX2Go ini, anda boleh membuat pendaftaran sekarang di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.