Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Poco M2 Pro kini rasmi – telefon pintar kelas pertengahan dengan harga dari RM 799


Selepas pelancaran Poco F2 Pro, Pocophone atau Poco kini telah memperkenalkan Poco M2 Pro dan telefon pintar ini dilihat sebagai telefon pintar kelas pertengahan dengan pelbagai persamaan dengan Redmi Note 9S.


Poco M2 Pro hadir dengan skrin paparan FHD 6.67-inci dengan reka bentuk tiny-dot drop di bahagian tengah, pemproses Snapdragon 720GB (8nm),  sensor capjari pada bahagian sisi dan rangka kalis percikan air.

Selain itu, Poco M2 Pro  juga memiliki bateri berkapasiti 5,000 dengan pengecasan pantas 33W.

Poco M2 Pro turut hadir dengan tetapan sensor utama 48MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 5MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Poco M2 Pro ditawarkan didalam tiga konfigurasi RAM dan ROM dengan harga penjualan seperti berikut :

Poco M2 Pro 4/64GB – INR 13,999 (RM 799)

Poco M2 Pro 6/64GB – INR 14,999 (RM 856)

Poco M2 Pro 6/128GB – INR 16,999 (RM 971)

Buat masa ini masih belum ada maklumat samada telefon pintar terbaru Poco ini akan ditawarkan di Malaysia ataupun tidak.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.