Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

U Mobile kini menawarkan talian sampingan Share 20 pada RM 1 sebulan khas bagi pelanggan Unlimited HERO P139

Syarikat telekomunikasi U Mobile telah mengumumkan pelanggan pelan Unlimited HERO P139 kini boleh mendaftarkan sehingga 3 talian sampingan Share 20 untuk berkongsi data hotspot 50GB Unlimited HERO P139 pada harga RM 1 sebulan bagi setiap talian (30 minit panggilan percuma ke semua rangkaian bagi setiap talian).

Promosi ini menawarkan pelanggan penjimatan besar kerana yuran bulanan bagi talian sampingan Share 20 adalah RM 20.

Selain menawarkan nilai yang baik, pelanggan juga boleh memilih untuk menggunakan SIM kad fizikal atau e-SIM yang bermaksud ianya boleh digunakan pada pelbagai peranti anda tidak kira telefon pintar, tablet, jam pintar dan jalur lebar.

Dengan keadaan ekonomi yang mencabar akibat pandemik Covid-19, U Mobile juga menawarkan promo Device Bonanza yang menawarkan peranti terbaru pada harga RM 0.99 sahaja

Maklumat Lanjut mengenai promosi ini di : http://www.u.com.my/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.