Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C11 Malaysia – Bateri Berkapasiti Tinggi Untuk Memenuhi Keperluan Anda

realme C11 Malaysia – Bateri Berkapasiti Tinggi Untuk Memenuhi Keperluan Anda

realme C11 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 30 Jun dimana pasaran Malaysia diberikan penghormatan sebagai pasaran pertama didunia untuk menerima telefon pintar terbaru realme ini.

Telefon pintar terbaru realme ini menampilkan reka bentuk baru yang tidak pernah digunapakai pada mana-mana model telefon pintar realme yang dilancarkan sebelum ini.

Ianya juga tampil dengan panel belakang yang sangat kemas dan premium dimana corak reka bentuk geometri yang terhasil selepas gilapan hampir 300 minit pada mesin ukiran radium.

Kelebihan realme C11 ini bukan hanya pada reka bentuk, ianya juga ditampilkan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh

Dengan penawaran kapasiti bateri yang besar ini, anda boleh menikmati pengunaan realme C11 tanpa perlu berehat sebentar untuk pengecasan.

Berdasarkan ujian yang dijalankan di makmal realme, realme C11 dilihat mampu bertahan sehingga 40 hari pada mod standby yang mana ianya adalah lebih baik berbanding beberapa telefon pintar flaghsip dipasaran.

Bateri 5,000mAh ini membolehkan anda menikmati permainan video kegemaran seperti PUBG, anda menonton drama berjam-jama lamanya tanpa perlu risau akan kehabisan bateri.

Walaupun memiliki bateri berkapasiti tinggi, realme C11 hadir dengan reka bentuk yang kompak dan ringan.

Selain itu, realme C11 juga hadir dengan fungsi OTG reverse charge yang bermaksud telefon pintar terbaru realme ini juga mampu menjadi powerbank alternatif untuk mengecas peranti anda yang lain.

realme C11 hadir didalam dua pilihan warna iaitu Mint Green dan Pepper Grey pada harga jualan RM 429 sahaja.

realme C11 akan mula ditawarkan di Malaysia pada 7 Julai 2020 secara eksklusif diĀ Shopee dan setiap pembelian juga akan menerima realme Buds 2 secara percuma.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.