Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C11 kini rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 429 sahaja


realme C11 kini rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 429 sahaja

realme Malaysia secara rasminya telah melancarkan realme C11 ke pasaran tempatan dan telefon pintar bajet ini hadir dengan harga penjualan dari RM 429 sahaja.

Lebih menarik, pasaran Malaysia merupakan pasaran pertama didunia untuk menerima telefon pintar terbaru realme ini dan ianya juga dilengkapi pemproses gaming Helio G35.

realme C11 juga merupakan telefon pintar pertama didunia untuk menggunakan pemproses Helio G35 ini dan ianya disertakan dengan 2/3GB RAM dengan storan dalaman 32GB. – *versi 3/32GB belum ditawarkan di Malaysia

Selain itu, realme C11 juga hadir dengan reka bentuk baru yang tidak pernah anda lihat pada mana-mana telefon pintar realme sebelum ini iaitu reka bentuk Geometric Art Design dengan satu jalur khas.

Selain itu, realme C11 juga menampilkan reka bentuk modul kamera yang baru yang menempatkan sensor dwi-kamera AI 13MP + 2MP dan walaupun telefon pintar bajet, realme turut bermurah hati untuk menawarkan fungsi mod fotografi malam NightScape.

Kamera belakang realme C11 ini juga membawakan fungsi Chroma Boost, mod potret, rakaman video 1080p dan video gerak perlahan.

realme C11 juga hadir dengan reka bentuk skrin mini-drop berukuran 6.5-inci iaitu pada resolusi HD+, bateri berkapasiti 5,000mAh, Android 10, sokongan Tri-Slot dan mod face unlock.

realme C11 akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu Mint Green dan Pepper Grey.

realme C11 akan ditawarkan secara eksklusif di Shopee mulai 7 Julai ini dengan setiap pembelian juga akan menerima realme Buds 2 secara percuma.

Bagi jualan di wakil penjual rasmi pula, ianya akan bermula tidak lama lagi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.