Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nubia Red Magic 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 2,698


Beberapa minggu lalu, kami ada menulis tentang telefon pintar Red Magic 5G – Transparent Edition yang mempunyai reka bentuk panel belakang lutsinar.

Walaupun telefon pintar ini ditawarkan di Malaysia, sambutan yang diterima bagi telefon pintar yang lengkap dengan kipas terbina pada peranti adalah luar biasa.

Jika anda berminat untuk memiliki Red Magic 5G ini, ini adalah berita baik untuk anda kerana telefon pintar ini kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 2,698.

Pengedar telefon pintar, Mobile 2 Go telah mula menawarkan telefon pintar Nubia Red Magic 5G yang hadir sebagai telefon pintar pertama dengan skrin paparan 144Hz yang merupakan idaman bagi gamers diluar sana.

Skrin 144Hz ini adalah panel AMOLED berukuran 6.6-inci dengan resolusi FHD+ dan telefon pintar ini juga disertakan dengan pemproses Snapdragon 865, 12GB RAM (LPDDR5) dan storan dalaman 128GB atau 256GB jenis UFS 3.0.

Selain itu, Nubia Red Magic 5G juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh yang menawarkan sokongan pengecasan pantas 55W, sensor capjari dalam skrin, sistem penyejukan dengan kipas terbina ‘ICE 3.0’ dan banyak lagi.

Mobile 2 Go menawarkan Nubia Red Magic 5G didalam dua varian iaitu versi 12/128GB pada harga RM 2,698 (warna hitam & merah) manakala versi 12/256 pula hadir dengan harga 2,988 iaitu didalam warna hitam dan terdapat juga warna cyber neon namun ianya ditawarkan pada harga RM 3,088.

Maklumat lanjut mengenai pembelian Nubia Red Magic 5G ini boleh diketahui di SINI

*Nubia Red Magic 5G yang ditawarkan oleh Mobile 2 Go adalah versi import dan ianya memiliki 2 tahun waranti dari pengedar ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.