Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Vivo X50 kini rasmi – satu lagi inovasi kamera yang diperintiskan oleh Vivo

Siri Vivo X50 kini rasmi - satu lagi inovasi kamera yang diperintiskan oleh Vivo 7vivo secara rasmi telah melancarkan telefon pintar siri Vivo X yang terbaru iaitu vivo X50 di China awal minggu ini.

Pelancaran siri flagship pertama vivo pada tahun 2020 telah menyaksikan kejayaan kerana mendapat banyak respons positif dari pengguna dan media, kerana telefon pintar ini menawarkan satu pakej telefon pintar serba lengkap dan unik.

Salah satu laman web teknologi terkemuka di Amerika yang dikendalikan oleh Vox Media, The Verge telah memuji teknologi inovatif vivo yang disertakan pada flagship siri Vivo X50 ini.

Siri Vivo X50 kini rasmi - satu lagi inovasi kamera yang diperintiskan oleh Vivo 8

Menurut The Verge “Vivo mempunyai rekod membanggakan untuk memperkenalkan ciri baru pada telefon pintar yang akhirnya diterima pakai secara meluas di tempat lain, dari sensor cap jari dalam paparan hingga kamera selfie pop-up, dan teknologi l Gimbal Stabilization juga adalah sesuatu yang menarik minat“

pada tahun 2000, Sharp melancarkan J-SH04nya,  sebagai telefon bimbit pertama di dunia dengan kamera terbina.

Siri Vivo X50 kini rasmi - satu lagi inovasi kamera yang diperintiskan oleh Vivo 9

Kini vivo telah berjaya mencipta kamera yang dilengkapi penstabilan kamera gimbal – yang memastikan rakaman yang lancar dan stabil hanya dengan memegang telefon.

Siri vivo X50 ini juga disertakan dengan struktur seperti gimbal mikro, satu lensa yang berputar ketika modul kamera ini dimanipulasi oleh gimbal robotik yang membantu mencapai hasil video yang lebih stabil ketika membuat rakaman video.

Dengan inovasi ini, Teknologi Gimbal Stabilization pada siri Vivo X50 ini menawarkan kadar pengstabilan yang 3.2 kali lebih berkesan berbanding kamera pengstabilan OIS.

Menurut kenyataan rasmi vivo, Siri X50 akan dilancarkan ke pasaran global pada separuh kedua tahun 2020, dan ini bermaksud telefon pintar ini juga akan ditawarkan di pasaran Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.