Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nubia Red Magic 5G – telefon pintar dengan panel belakang transparent seperti gaming pc

Nubia Red Magic 5G - telefon pintar dengan panel belakang transparent seperti gaming pc 7
Nubia Red Magic 5G boleh dikatakan sebagai antara telefon pintar yang hangat diperkatakan lebih-lebih lagi edisi Transparent atau panel belakang yang lutsinar.

Penjualan edisi khas ini telah bermula pada 31 Mei yang lalu dan didalam sekelip mata sahaja walaupun harga penjualan telefon pintar ini mencecah hampir RM 2,800 – RM 3,130.

Nubia Red Magic 5G - telefon pintar dengan panel belakang transparent seperti gaming pc 8

Nubia Red Magic 5G adalah telefon pintar kelas flaghsip yang lengkap dengan spesifikasi terbaik dipasaran seperti skrin paparan 144Hz AMOLED, pemproses Snapdragon 865, RAM sehingga 16GB dan storan dalaman 256GB jenis UFS 3.0.

Nubia Red Magic 5G - telefon pintar dengan panel belakang transparent seperti gaming pc 9

Selain itu, Nubia Red Magic 5G juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh yang menawarkan sokongan pengecasan pantas 55W, sensor capjari dalam skrin, sistem penyejukan dengan kipas terbina ‘ICE 3.0’ dan banyak lagi.

Video yang dikongsi ini memaparkan reka bentuk panel belakang seperti komputer gaming yang lengkap dengan pelbagai lampu LED selain kipas terbina dalaman yang boleh anda lihat.

Persoalanya, adakah Nubia Red Magic 5G ini akan memasuki pasaran Malaysia seperti model-model Nubia sebelum ini.

Buat masa ini, tiada sebarang pengesahan rasmi dikeluarkan namun telefon pintar seperti Red Magic 5G mempunyai peminat mereka yang tersendiri di Malaysia.

Tontoni video panel belakang Nubia Red Magic 5G ini :

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.