Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI P40 Pro+ akan ditawarkan di Malaysia mulai 26 Jun ini pada harga RM 4,999

HUAWEI P40 Pro+ akan ditawarkan di Malaysia mulai 26 Jun ini pada harga RM 4,999 3
HUAWEI Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa HUAWEI P40 Pro+ akan mula ditawarkan di Malaysia pada 26 Jun ini dengan harga penjualan RM 4,999.

HUAWEI P40 Pro+ merupaka  model paling premium didalam keluarga HUAWEI P40 dan pelancaran di Malaysia pastinya dinantikan ramai peminat telefon pintar HUAWEI.

HUAWEI P40 Pro+ hadir dengan skrin paparan Quad-Cure Overflow 90Hz berukuran 6.58-inci yang membawakan resolusi QHD+ 2640 x 1700 (441ppi) dan terdapat juga sensor capjari yang 30% lebih pantas berbanding generasi lalu.

HUAWEI P40 Pro+ pula hadir dengan tetapan penta-kamera yang mana ianya menggunakan sensor utama RYYB Ultra Vision Wide 50MP yang sama seperti pada P40 Pro, sensor Ultra Wide Cine 40MP, sensor 8MP yang menawarkan 3x zoom optik, sensor periskop 8MP yang menawarkan 10x zoom optik, sensor ToF dan sensor suhu warna.

HUAWEI P40 Pro+ juga hadir dengan kamera Selfie 32MP AF dengan IR Depth/Gesture Camera dan sensor ambient & proximity. ( boleh rakam video selfie 4K).

HUAWEI P40 Pro+ akan hadir dengan bateri berkapasiti 4,200mAh iaitu dengan pengecasan pantas 40W dan juga pengecasan tanpa wayar terpantas didunia iaitu pada kadar 40W dan tidak lupa juga reverse charging.

HUAWEI P40 Pro+ juga hadir dengan Kirin 990 5G, EMUI 10.1,8GB RAM, 512GB storan dalaman, Huawei Mobile Services (tiada GMS), sokongan dua-SIM + eSiM dan pensijilan kalis air IP68.

HUAWEI  P40 Pro+ akan ditawarkan mulai 26 Jun ini didalam satupilihan warna iaitu Ceramic White dan setiap pembelian juga akan menerima  HUAWEI Freebuds 3, HUAWEI SuperCharge Wireless Charger Stand (40W), 3 bulan akses HUAWEI Video VIP, dimsum entertainment, Qello Concert, dan The Explorers.

Pembeli HUAWEI P40 Pro+ yang bernilai RM 4,999 ini juga akan menerima 50GB storan HUAWEI Cloud dan perlindungan keretakan skrin selama satu bulan.

Pembelian HUAWEI P40 Pro+ boleh dilakukan melalui stor atas talian HUAWEI ONLINE dan di stor HUAWEI Experience Store (HES).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.