Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad Pro 5G akan tiba di Malaysia 26 Jun ini pada harga dari RM 3,299


HUAWEI Malaysia telah mengesahkan bahawa tablet HUAWEI MatePad Pro 5G akan ditawarkan di Malaysia mulai 26 Jun ini dengan harga penjualan dari RM 3,299.

HUAWEI MatePad Pro 5G akan hadir dengan spesifikasi yang sama seperti HUAWEI MatePad Pro versi WiFi namun versi ini sudah pastinya mempunyai slot SIM dan pemproses Kirin 990 5G.

Pelancaran HUAWEI MatePad Pro 5G menjadikanya sebagai tablet pertama di Malaysia untuk menyokong rangkaian 5G.

HUAWEI MatePad Pro 5G ini akan ditawarkan didalam warna forest green dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Setiap pembelian HUAWEI MatePad Pro 5G ini juga akan menerima 50GB storan HUAWEI Cloud dan 3 bulan akses percuma HUAWEI Video VIP, dimsum entertainment, Qello Concert, dan The Explorers.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan HUAWEI MatePad Pro 5G ini bersama papan kekeunci Smart Magnetic Keyboard, anda boleh berbuat demikian pada tambahan RM 499 (RM 3,798) dan anda juga akan menerima stylus HUAWEI M-Pencil bernilai RM 299 secara percuma.

Maklumat lanjut di HUAWEI Store

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.