Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI telah mengatasi Samsung sebagai syarikat telefon pintar No.1 dunia pada April 2020

Huawei telah berjaya mengatasi Samsung sebagai syarikat telefon pintar No.1 Dunia pada April 2020


Menurut laporan terbaru daripada Counterpoint, buat pertama kali didalam sejarah, Huawei telah mengambil alih kedudukan Samsung sebagai syarikat telefon pintar No.1 iaitu bagi bulan April 2020 dan terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan perkara ini.

Pertama, faktor yang pasti semua sedia maklum adalah disebabkan penutupan operasi stor Samsung akibat daripada pandemik Covid-19.

ULASAN Huawei P40 Pro – kemuncak fotografi dan prestasi pada telefon pintar

Samsung mempunyai permintaan yang kukuh di pasaran India, Amerika Syarikat, Amerika Latin dan Eropah sebagai pasaran utama namun penutupan stor dan permintaan yang berkuranganan telah menyebabkan Samsung mengalami penurunan yang mendadak.

Pada April 2020, Samsung hanya mempunyai 17% pegangan pasaran manakala Huawei mempunyai 19% pegangan pasaran telefon pintar global.

Selain itu, faktor kedua yang menyebabkan Huawei berjaya mengatasi Samsung adalah pada bulan April pasaran telefon pintar China sudah mula pulih dan kehebatan Huawei dipasaran China adalah sangat baik.

Walaupun ketiadaan Google Mobile Services sedikit sebanyak merencatkan pertumbuhan Huawei sejak kebelakangan ini namun pertumbuhan kukuh di China meringkan sedikit kesan yang daripada penggantungan lesen Google ini.

Walaubagaimanapun, Samsung dijangka akan kembali menerajui pasaran telefon pintar global dunia didalam bulan-bulan yang akan mendatang.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.