Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei tawarkan servis telefon pintar tanpa caj buruh, diskaun alat ganti 20% dan penstrilan peranti percuma


HUAWEI Malaysia telah mengumumkan kempen servis Together 2020 HUAWEI Summer Service Concierge yang akan menawarkan pengguna pelbagai diskaun eksklusif dan promosi menarik dari 19 hingga 25 Jun ini.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan selepas jualan, anda hanya perlu melawat pusat HUAWEI Customer Service yang berhampiran dengan anda pada tarikh yang dinyatakan untuk menikmati penjimatan bagi pelbagai jenis servis.

Antara promosi yang boleh anda nikmati didalam kempen Together 2020 HUAWEI Summer Service Concierge adalah :

Percuma Caj Buruh

Setiap pelanggan boleh menikmati satu kos penggantian percuma (bayar kos komponen sahaja) bagi peranti yang telah tamat waranti bagi mana-mana model HUAWEI yang telah dibeli di Malaysia.

20% Diskaun bagi Alat Ganti yang terpilih

HUAWEI juga menawarkan diskaun 20% bagi alat ganti terpilih mengikut model telefon pintar yang terpilih dan didalam kuantiti yang terhad. Alat gantian ini juga hadir dengan 90 hari jaminan waranti dari tarikh pengganti dibuat.

Hadiah Percuma

Pengguna yang mengunjungi pusat servis HUAWEI yang terpilih juga akan menerima hadiah percuma iaitu botol gelas istimewa sementara stok masih ada.

Pembersihan & Penstrilan Peranti Secara Percuma

HUAWEI juga menawarkan perkhidmatan pembersihan dan disenfikasi telefon pintar anda secara percuma di semua pusat servis HUAWEI seluruh negara dimana telefon pintar anda akan disteril pada kotak penstrilan UV sebelum dilap bersih dan dipulangkan kepada anda.

Berikut adalah lokasi pusat servis HUAWEI yang menawarkan perkhidmatan di atas :

Negeri/Bandar

Lokasi

Kuala Lumpur

Customer Service Center Eco City Mall

Customer Service Center Pavilion Elite

Customer Service Center Plaza Berjaya

Selangor

Customer Service Center Sunway Pyramid

Negeri Sembilan

Customer Service Center Seremban

Melaka

Customer Service Center AEON Bandaraya

Johor

Customer Service Center Taman Molek

Batu Pahat

Customer Service Center Taman Flora

Penang

Customer Service Center Brown Road

Prai

Customer Service Center Ixora Hotel,

Ipoh

Customer Service Center De Garden,

Kuantan

Customer Service Center Haji Ahmad

Alor Star

Customer Service Center Aman Central

Sabah

Customer Service Center Kota Kinabalu

Sarawak

Customer Service Center Kuching

Maklumat lanjut di : HUAWEI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.